Wednesday 19 December 2012

Couple Vs Ikhtilat.


Kenapa tidak disiarkan secara terang-terangan tentang couple itu haram?

Jawapannya mudah, kerana penguasa yang memegang media adalah orang berfikiran sekular. Di Malaysia ini tiada media yang benar2 dikuasai oleh orang agama. Semuanya dikawal oleh pemerintah yang berfahaman sekular. Mereka tidak akan menyuarakan banyak perkara yang benar. Untuk itu, perlu kepada usaha orang2 muda agar menceburi bidang media dan menguasai teraju-teraju penyiaran. Barulah bahan-bahan Islamik dan penjelasan tentang hukum akan tersebar.

Antara sebab ustaz menulis di blog adalah sebagai satu usaha menjelaskan bahawa couple itu haram. Jika kita melihat kepada kebanyakan pandangan ulama, memang sudah jelas couple itu haram. Bahkan tiada sirah di zaman sahabat yang menunjukkan wujudnya percintaan seperti dating, berdua-duaan dan sebagainya.

[A.Ubaidillah Alias]

Kata-kata daripada A.Ubaidillah Alias yakni seorang penulis cukup jelas hukum berkaitan dengan couple. Ketahuilah cinta itu fitrah, namun bercinta itu fitnah. Bagaimana bercinta boleh mengundang kepada fitnah? Jawapannya mudah, iaitu apabila ianya tidak mengikut batasan syara’. Dalam sirah Islam seandainya kita selidik, belum pernah kita mendengar para sahabat berdua-duaan, dating, keluar berdua, dan sebagainya. Melainkan, mendahulukan cinta Allah mengatasi cinta manusia.

Bagaimana cinta Allah mengatasi cinta manusia?

Cinta Allah mengatasi cinta manusia apabila seseorang itu mencintai Allah melebihi segala-galanya. Ianya terbukti apabila kita takut untuk mendekati murka Allah dengan bercouple.

Adakah daku tebal iman atau nipis iman?

Insan yang tebal imannya tidak mudah tunduk pada godaan hawa nafsu atau bisikan syaitan yang mengajak kearah kemaksiatan seperti berdua-duaan, berhubung tanpa kira siang mahupon malam, dating. Ketahuilah, seandainya seseorang itu tebal imannya pasti dia takut untuk menghubungi insan yang tidak sejantinanya melainkan diatas urusan muamalat.
Maka, wajarlah seandainya rijal yang tebal imannya mendapatkan pasangan hidup yang tebal imannya jua bukan iman senipis kulit bawang yang boleh terkoyak bila-bila masa sahaja.
Yakin pada janji Allah, pasti kamu akan bertemu dengan yang sekufu.

Hati-hati jaga hati , hati-hati jaga mata..
Semoga redha Allah sentiasa bersama anda..

Janganlah jumud dalam menjaga ikhtilat.

Statement ini pernah dikeluarkan oleh seorang hamba Allah buat ana. Tatkala itu, hati tersentap. Lidahku menjadi kelu. Hati mebisik, Allahu akhbar. Seorang insan yang punya ilmu agama yang mantap boleh mengeluarkan statement sedemikian keatas ana.
Lantas diri ini mencari butir-butir perkataan yang harus dilontarkan sebagai jawapan.
Tahukan anda apa maksud ikhtilat?? Apa bukum ikhtilat diantara lelaki dan wanita jika bukan atas urusan muamalat?? Fahamilah dahulu maksud dan hukum ikhtilat. InsyaAllah, daripada itu anda akan menukar pandangan bahawa ana bukan jumud dalam menjaga ikhtilat.

----------------

T/S : dibumi UM ini ana belajar banyak perkara. Kita perlu mengenali insan dahulu barulah kita menilai. Kerna pemakaian tidak menjamin kecantikkan akhlak. Duhai wanita yang dikasihi Allah dan Rasul, ketahuilah bahawa darjat kita tidak seperti dizaman Jahiliyyah. Setiap kamu adalah permata Islam.


Sunday 9 December 2012

KONVOI AMAL PALESTINE


Seperti biasa, jadual sentiasa pack dengan pelbagai aktiviti. Maaf, pembetulan.. jadual sengaja di penuhkan dengan pelbagai aktiviti agar dipenuhi dengan pengisian yang bermanfaat. Ingat pada prinsip hidup menjadi kekuatan.

~Dakwah telah menjadi pilihanku, cinta Allah menjadi buruanku~

Dakwah bukan perkara mudah perlukan pengorbanan dan kekuatan. Namun, permulaan bagi dakwah amat simple. Just ^_^ smile. Kerna kita adalah DUTA ISLAM.. But, prinsip tetap prinsip.. not for rijal.

Kembali kepada topic bicara ana ynag bertarikh 9 Disember 2012 iaitu pada hari ahad baru-baru ini. Yayasan Amal Malaysia, SUK Selangor dan MPMS telah turun padang untuk kutipan derma untuk saudara seakidah kita di Palestine.

Sebenarnya, keinginan untuk turun padang meminta bantuan bagi saudara kita di Palestine dah lama terbuku dihati. Alhamdulillah, akhirnya menjadi pilihan Allah untuk turut sama turun padang mengutip derma dengan sahabat-sahabat. Allahu Akbar!

Suntikan dakwah atau strategi dakwah cuba disusun sebagai praktikal sepertimana diajar ketika KEM PEMANTAPAN DAIE baru-baru ini. Pelbagai ragam manusia dan pelbagai pengajaran boleh diambil ketika turun padang.

Sedang kutip derma, tiba-tiba terdengar “akak Palestine..”. Lantas ana menoleh, melihat seorang kanak-kanak lingkungan usia 6-7 tahun menghulurkan duit untuk derma. “Ini untuk Palestine yea kak”. Dikeluarkan dompetnya untuk didermakan. Anak soleh. Allahu Akbar. Bertuah ayah dan ibunya kerna punya anak yang tidak lokek untuk memberi derma untuk agama Allah. Lalu ana membalas dengan senyuman yang ditafsir melalui mata walaupon tidak dapat dilihat melalui ukiran senyuman dibibir. Maaf jika ayat memeningkan.. @_@?

Banyak pengalaman, namun semuanya menguji kesabaran dan senyuman perlu sentiasa diukir. Bila lemah, bermonolog dalam diri..

“IKHLASkan diri.. senyum3.. kerna apa yang atiqah buat untuk bantu saudara seakidah. Allah uji dengan orang tidak memandang dan tidak menderma ja. Mcm mana nak mujahidah klo lemah.. Kak ima yang mengandung 6 bulan pon boleh tabah dari pagi hingga petang. Ikhlas3”
________________

T/S: kata sahabat: don’t judge the book by its cover. Namun, kadang-kadang cover penting klo isinya memang baik. Jgn hanya segelintir golongan bertudung dan berkopiah tidak memberi sumbangan yang lain pon kena label.. ok bah?? MPMS, I’m waiting 4 the next activities. 12.12.12 (HARI MAHASISWA)

Friday 7 December 2012

Warga Emas Dirimu Amat Berharga


Ana baru-baru ini terbaca post dari wall FB seorang sahabat yang menceritakan pengalamannya dalam membantu seorang pak cik yang tidak tahu tempat tinggal. Apabila telefon number yang ada pada pak cik tersebut, tiada yang mengenali. Pelbagai cara dilakukan antaranya mengetuk pintu jiran untuk bertanya namun jawapan mengecewakan sehinggalah bertemu penjaga di lif apartment. Alhamdulillah…

Kenapa perkara ini berlaku?? Ana nak berkongsi dengan pembaca sekalian daripada Psikologi Dakwah yang telah ana pelajari. Perkara ini boleh sinonimnya berlaku terutamnya bagi golongan warga emas. Ianya merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.

Ana teringat semasa program ‘Iftar Bersama Warga Emas’ di Rumah Seri Kenangan iaitu ana sendiri sebagai pengarah program anjuran MAIPs.
“Mak cik nama apa?”
“Mak cik nama Queen”


Lantas seorang mak cik yang berada berdekatan berkata, “nama dia bukan Queen, nama dia Aisyah. Dia jenis lupa..” 

Namun, adakah semuanya akan berlaku kepada warga emas? Jawapannya: Tidak. Tapi, kebanyakkan ianya berlaku bagi usia 60 keatas dan not imposible untuk setiap lapisan masyarakat mendapat penyakit tersebut.

Boleh diubati?? Jawapannya, dari medical.. xboleh.. namun, cara menanganinya ialah sejak dari muda kita perlu mengambil makanan berkhasiat untuk saraf otak.

Berkaitan dengan program ini, ianya disertai oleh mahasiswa negeri Perlis bersama sahabat-sahabat dari Mesir dan Jordan. Banyak perkara dan pengalaman yang kami dapat daripada program ini. Ada mak cik yang bercerita anaknya Berjaya dan bergaji besar namun terpaksa menghantarnya ke rumah orang tua.  Sahabat ana, huda berpendidikan di Jordan. Telah membuat kesimpulan dari kisah mak cik tersebut dengan berkata : “apa yang pentinga dalam pendidikan anak-anak adalah pendidikan Agama. Bila Agamanya baik, dia boleh menjadi anak yang baik.” Ketahuilah kita yang mencorakkan zuriat dan generasi. Mulakan dengan pembentukan yang baik untuk jenerasi yang soleh/ah.

__________
T/S : Rindu dengan mak cik Saunah (mak cik dirumah seri Kenangan). Warga emas juga adalah mad’u dan kadang-kadang kita perlu belajar banyak perkara dari mad’u hatta kita adalah da’ie.


Saturday 24 November 2012

Mustajjab doa dan tarbiyyah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk berpuasa pada hari sebelum mahupun setelah ‘Asyura dalam rangka menyelisihi orang-orang Yahudi karena hari ‘Asyura –yaitu 10 Muharram- adalah hari di mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya, dan menenggelamkan Fir’aun dan para pengikutnya. Dahulu orang-orang Yahudi berpuasa pada hari tersebut sebagai syukur mereka kepada Allah atas nikmat yang agung tersebut. Allah telah memenangkan tentara-tentaranya dan mengalahkan tentara-tentara syaithan, menyelamatkan Musa dan kaumnya serta membinasakan Fir’aun dan para pengikutnya. Ini merupakan nikmat yang besar.

9 Muharram.
Ketika melangkah masuk ke floor tingkat 3. Hidung ana dan roomate menangkap bauan 'Durian'. Lalu dengan spontan roomate berkata,           
"Atiqah, jom beli durian."

Terdetik dalam hati, kasihan dengan roomate. Namun, waktu berbuka puasa tinggal 15 minit. Sempatkah?? Belum kira dengan sesak di hadapan pintu UM lagi. Tiba-tiba roommate berkata, 
           seronok kalau boleh makan durian”.

Dalam hati, sedih dan rasa bersalah.. terdetik nak beli durian selepas berbuka puasa dan solat berjemaah bersama roommate. Dalam 5 minit sebelum azan maghrib, pintu diketuk. Sahabat ana memberi sebiji durian. Lantas mulut memuji kebesaran Allah. Mustajab doa orang yang berpuasa. Allahhu akbar..


10 Muharram.

Pada hari ini penuh dengan aktiviti sehingga terpaksa memilih yang mana perlu diaulakan. Sesusai jualan dibawah JKP kerohanian dan perpaduan. Kereta pecut laju mencari sesuat untuk melaksanakan tarbiyyah umi. Wang sedikit tidak menjadi penghalang kerna yakin ganjaran berganda apabila kita bersedekah.

Untuk kali kedua, roommate menyatakan keinginannya untuk memakan ‘Nasi Kerabu’. Tiba-tiba lalu di depan pasar malam. Roommate berkata, 
               “Seronok berpuasa klo macam nie”
Ana menyambung kata-kata roommate 
                “Itulah, mustajab doa orang yang berpuasa. Maka, ana mahu enti doakan ana sesuatu...”
Doanya perlu dirahsiakan.. ^_^V

Dalam melaksanakan sunat 10 Muharram, kami bertemu dengan ramai kanak-kanak. Tingkah lakunya kanak-kanak mencuit hati. Ada yang teruja, ada yang dapat terus lari, ada yang dapat terus bukak da nada yang ucap, “terima kasih Ustazah” siap salam lagi.

Adik: akak, knp akak bagi??
Ana : kerana hari nie 10 Muharram..
Adik: owh.. moga akak dimurahkan rezeki.. Assamualaikum akak.. 

Cara adik ini berkata2.. gerak badan yg mnunjukkan rasa hormat..mmbuatkan ana, sahabat dan roomate ana mmuji dgn tingkah lakunya.. mungkin umi dan abinya seorang yang baik, kerna itu dia memiliki ana yg baik. Terus bibir mengungkap doa,

“semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata memandang dan penyenang hati yang gundah.”  Seterusnya, diamenkan oleh sahabat dan roommate. 

Jika kita selami sirah, Rasulullah amat memuliakan kanak-kanak. Ya Rasulullah... dikau dijadi ikutan kami.. InsyaAllah..

_____________________________________________________
T/S : Alhamdulillah..
semalam dapat mgikut tarbiyyah umi.. 
melakukan amalan sunat 10 Muharram yang selalu umi lakukan setiap tahun..
walaupon minggu nie.. tidak dapat balik Perlis utk melakukan amalan yang umi selalu lakukan. Namun, ana melakukan dengan cara ana yang bergelar mahasiswa bersama sahabat dan roomate yang ana kasih kerna Allah.. 
Syukran jazilan kathirah buat sahabatku dan roomateku kerana kalian berdua sudi turun padang bersama ana.. >_<

Tuesday 30 October 2012

Sahabat.~kalam pimpinan.


“Ya Allah hadirkanlah di hati sahabatku ini dengan sifat kasih sayang agar dapat kubawa kejalan-MU”
Mampukah kita hidup kita hidup tanpa kawan disisi? Boleh atau tidak kita lari atau bersembunyi jika ada orang yang ingin berkawan dengan kita? Boleh atau tidak kita hanya bercakap seorang diri atau bercakap dengan bantal yang tidak bernyawa.
Jawapannya, sudah tentu tidak. Jiwanya akan kosong, fikirannya kosong cakapnya kosong, senyumannya kosong dan hidupnya jua akan terasa kosong.
Namun, dalam mencari sahabat perlulah memilih sahabat yang baik agar kita berbahagia didunia dan di akhirat. Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi.” Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya.
Ciri-ciri persahabatan dalam Islam oleh Imam Al-Ghazali ketika berpesan kepada anak lelakinya : “Wahai anakku, sekirannya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:-
1.      Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2.      Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu.
3.      Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
4.      Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5.      Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
6.      Jika dia melihat sesuatu tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7.      Jika dia mendapat kebajikan(bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
Manakala, Abu Sulaiman Darami rahimahumullah berkata, “jangan sekali-kali kamu bersahabat melainkan orang yang mempunyai dua sifat ini: pertama, dia dapat diajak untuk bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur. Kedua, dia dapat menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu. Jika kamu suka bersahabat dengan orang bersifat selain daripada itu, maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikirannya.”
Ketahuilah, sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambah ilmu agama, melihat gerak-gerinya akan teringat akan kematian.  Jika punya sahabat paling baik, maka peganglah dan tautkan kasih sayang kerna Allah dengannya, kerna takut Allah tidak akan menghadirkan lagi sahabat sepertinya lagi. Tatkala itu, kita akan merasai kehilangan.


Tintaku Srikandi : dalam ana menyiapkan kalam pimpinan dari Timbalan Pengarah 2 yang sepatutnya disiapkan ketika hari raya Aidiladha. Tetiba keluar mutiara jernih di pipi. Sehingga roomate menegur. Mungkin kerna diri sedang mengrefleksi diri. Adakah daku sahabat yang baik?? yang paling penting, adakah daku sahabat yang paling baik? maafkan diri ini seandainya tidak dapat menjadi sahabat yang paling baik buat kawan-kawanku. Salam rindu dan sayang dari sahabatmu.

Tuesday 3 April 2012

Dakwah melalui jaringan maklumat antarabangsa (Internet)


Firman Allah S.W.T. dalam surah Fussilat, ayat 33, “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku dari kalangan orang beriman”.

Berdasarkan ayat Al-Quraan diatas, menunjukkan kewajipan bagi setiap umat Islam mengajak kearah kebaikan. As- Sayyid Naufal menjelaskan bahawa baginya tidak ada halangan untuk dikatakan bahawa hukum dakwah itu kedua-dua sekali fardhu ain dan fardhu kifayah. Dakwah itu fardhu ain kerana setiap orang Islam diwajibkan menjelaskan dan mengemukakan kepada orang yang masih jahil tentang pengajaran asas dalam Islam yang menjadi fardhu ain kepada setiap orang Islam. Kerana orang yang jahil tentang Islam ada di mana-mana. Di samping itu, ia juga menjadi fardhu kifayah kerana keperluan menyediakan golongan tertentu di kalangan orang Islam untuk lebih dipertanggungjawabkan ke atas mereka dalam urusan dakwah.


Islam tidak menghadkan pendakwah untuk menggunakan kaedah tertentu dalam proses dakwah. Malah, mereka digalakkan menggunakan pelbagai medium terbaik sesuai pada sesuatu zaman dan tempat. Dakwah melalui jaringan maklumat antarabangsa (internet) mempunyai potensi yang besar. Antara contoh jaringan maklumat antarabangsa adalah muka buku, laman blog, laman web, borak siber, klip video dan sebagainya.

Berdakwah melalui jaringan maklumat mempunyai pelbagai manfaat. Antaranya ialah pendakwah dapat menyampaikan dakwah kepada penerima dakwah (mad’u) dengan menembusi ruang dan waktu dalam masa yang singkat dengan murah dan berkesan. Penerima dakwah daripada setiap pelusuk dunia juga dapat menterjemahkan maklumat dengan mudah kerana adanya teknologi internet. Selain itu, internet mempunyai sasaran yang lebih luas kerana internet selaku perpustakaan terbesar dunia sendiri boleh bertindak mencari jawapan kepada persoalan pelayarnya terutama berkaitan isu-isu agama. Tambahan pula, Informasi yang sampai kepada audien dengan lebih pantas dan interaksi dua hala tidak terganggu dengan sifat pemalu atau takut. Pendakwah juga boleh memilih bentuk laman web yang disukai oleh orang ramai dalam menyalurkan bahan-bahan dakwah dengan lebih mudah dan dapat disampaikan kepada penerima dakwah dengan lebih mudah.


Oleh itu, umat Islam perlu menfaatkan masanya dengan baik terutama semasa melayari internet supaya masa yang ada tidak digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah. Pendakwah perlulah memasuki laman web yang mana memberi faedah kepada diri serta agama dan menjauhkan diri daripada memasuki laman web yang menyesatkan akidah umat islam

Tintaku Srikandi : Kesimpulannya, dakwah melalui internet dan secara maya mempunyai potensi yang besar. Seharusnya semua pendakwah Islam mempunyai laman web atau weblog sendiri yang sentiasa dikemas kini. Isu-isu dan persoalan ummah kontemporari hendaklah dijawab serta digarap secepat mungkin melalui medium ini. Jika ini dilakukan secara giat dan tersusun, nescaya aktiviti dakwah semakin efisien dan meluas ke serata dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...