Tuesday 29 January 2013

Kritikan Filem ::SAHARA::


Bismillahirrahmanirrahim..

Ana baru terbaca post di wall seorang sahabat, “Erm banyak yg x kena dgn filem ne.agak2 lah kan kalau nak wat filem islamic pun...” Lalu diletakkan link sebuah filem SAHARA PROMO”

Ianya menarik minat ana untuk mengktitik. Melihat pada jalan ceritanya, persoalan pertama. Beginikah akhlak yang ingin di paparkan kepada masyarakat umum?

Kritikan demi kritikan ana timbulkan seiring persoalan bermain di benak fikiran.

Wanita yang berniqob, adakah murah imannya sehingga membenarkan dirinya disentuh oleh rijal??

Beginikah cara nisa’ dan rijal dalam berikhtilaht?? Seperti tiada batasan ikhtilat diantara lelaki dan wanita langsung??

Beginikah rijal nak khitbah nisa’?? tidakkah nisa’ itu merasa malu?? (sungguh ana yang menjadi malu)

Ada beberapa isu yang ingin ana ketengahkan dan ana yakin para pembaca sendiri pon mampu menilai.


Akhlak

Dalam menyimpulkan persoalan dan kritikan didalam filem ini. Akhirnya , ana simpulkan bahawa pemakaian tidak mencerminkan akhlak seseorang. Ketahuilah, Nisa’ yang baik tidak akan pernah membenarkan mana-mana rijal memegangnya hatta hanya memandangnya. Inikan pula membiarkan dirinya berada dalam keadaan berdua-duaan dengan rijal yang bukan halal buatnya.

Khitbah

Apa maksud khitbah? Khitbah atau dalam bahasa yang sering kita gunakan (meminang atau melamar) merupakan sesuatu permintaan seorang lelaki atau wakilnya kepada seorang wanita atau walinya untuk dijadikan permaisuri hati seumur hidup dengan cara tertentu yang berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini secara meluas. Dan hukum khitbah adalah sunnah, Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah berkhitbah terhadap isteri-isteri baginda, antaranya Saidatina ‘Aisyah bintu Abu Bakr dan Saidatina Hafsah bintu Umar R.A.

Bagi ana sendiri, tindakan seseorang dalam menyampaikan khitbahnya mencerminkan akhlak peribadinya. Bukan dengan feeling siap melutut, xpon berhadapan meluahkan dengan menggunakan ayat berbunga-bunga berbagai. Tidak perlu itu semua. Gunalah orang tengah, itu lebih cantik atau bertanyalah pada ahli zikr (yang lebih arif). Kerna, bagi nisa’ cukup menjaga ikhtilat, sudah tentu nisa’ itu merasakan malu seandainya dikhitbah secara terang-terang dari si rijal kepada nisa’. Ianya berbeza dengan dalam filem ini.

Hati-hati jaga mata, hati-hati jaga hati.

Hati-hati jaga mata, rijal yang baik akhlaknya tidak akan memandang nisa’ malah lebih memilih untuk menundukkan pandangan. Sukar dicari rijal sedemikian, namun ana yakin pada Allah.. Pasti ada rijal sedemikian.

Mata… Sememangnya, hukum melihat makhtubah (calon isteri) kita juga adalah harus. Namun, biarlah ada batasannya dan biarlah dengan caranya. Islam itu sudah cantik, maka ikutlah garis panduannya agar mendapat keredhaan dari-NYA. Pernah ada seorang sahabat bertanya, “depa tidak rasa malu ka duduk berdua, naik keta berdua?”

Lalu ana menjawab, “Apabila maksiat sering dilakukan, ianya akan dianggap perkara biasa dan Allah akan membuang darinya rasa malu.”

Hati-hati jaga hati. Permulaannya dari mata, seandainya mata tidak dijaga dengan baik.. Maka penyakit hati akan muncul dari itu akan terbit rasa cinta insan melebihi cinta Allah. Tatkala cinta manusia mengatasi cinta kepada pencipta, hablul minallah pasti tercicir dek kerana sibuk mengejar cinta manusia. Sedarlah, apabila kita mencintai Allah mengatasi cinta makhluknya, kita tidak akan pernah takut kehilangan cinta manusia. Walaupon kita tidak mendapat cinta daripada seorang nisa’, kita tidak akan merasa lemah kerana kita ada cinta lebih utama iaitu cinta Agung.

Janganlah takut sendainya nisa' meninggalkanmu...
Tapi takutlah seandainya Allah jauh darimu...

~CINTA AGUNG CINTA PERTAMAKU~

………………………………………………….

T/S : Kini, pelbagai judul kisah cinta ditayangkan kepada umum baik warkah cinta, ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih, tahajjud cinta dan sebagainya. Namun, bagi yang mendapatkan pendidikan agama yang sempurna haruslah menilai sesebuah penceritaan itu dengan ilmunya. Dan ana cadangkan setiap cerita yang berunsurkan Islamic perlulah merujuk penasihat syariah agar penceritaan dan masej yang dibawa memberi manfaat kepada masyarakat.

Cinta itu adalah fitrah, namun bercinta boleh mengundang fitnah.. Yakinlah dan peganglah pada janji-NYA didalam Surah an-Nur; ayat 26 yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."


Sunday 20 January 2013

Mad'u ku~


Pada 19 haribulan Januari. Ana mendapat 2 experience baru.. Best sangat.. sekian lama terbuku dihati. Akhirnya Allah memakbulkan. Kalau dulu ana teringin nak turun meminta derma untuk Palestine. Terbaru ini, Allah memberi peluang ana untuk bertemu dua golongan mad’u. Lagi 2 jenis mad’u yang ana ingin bertemu, semoga Allah mengizinkan ana untuk bertemu mereka. InsyaAllah, Amen~.

Mad’u ku – Orang Asli.

Alhamdulillah, walaupon terpaksa balik kampung lewat. Namun, merasai kepuasan apabila mendapat pengalaman untuk pergi mendekati golongan orang asli. Walaupon hanya survey tempat untuk kem REAL’13 yang akan berlangsung pada hujung bulan Mac akan datang. Namun, hati tetap gembira.
Orang asli disini tidak mempunyai pentang larang dan memahami Bahasa Melayu dengan baik.
Ramai dai’e ingin turun berdakwah. Namun, tidak selesa dengan persekitaran dan budaya orang asli. Bak kata Dr. Yusmini ketika mengajar psikologi dakwah,

“Nak berdakwah pada orang Asli, tapi tak leh pakai seluar.. pakailah kain pastu susah nak berjalan. Yang kedua, nampak anjing kira nak lari ja.. Yang ketiga, dihidangkan makanan.. dibuat muka jijik.. maca mana mad’u nak dekat?”

Bila dah berada disituasi berikut, ana rasa ana setuju dengan kata-kata Dr. Yusmini. Kita sendiri tidak selesa dengan mad’u, maka persoalannya bagaimana mad’u nak mendekati kita?
Ketika para sahabat memakan dhab (biawak padang pasir). Rasulullah tidak menyuruh dan tidak melarang mahupun membuat reaksi wajah tidak selera untuk memakan. Para dai’e harus sedar setiap gerak geri anda diperhatikan oleh mad’u. Seandainya cantik peribadi dai’e, ianya akan menarik minat mad’u untuk mendekati. Itu cara Rasulullah, sebab itu Rasulullah disayangi para sahabat. 

~Rasulullah sebaik-baik contoh.

Mad’u ku – Gelandangan

Apabila sampai ke kolej. Terpandang dua orang sahabat, lalu ditanya. Daripada itu keinginan untuk turut serta sebagai volunter bagi gelandangan dibawah Muslim Aids.
Kami ditunjuk arah oleh seorang insan yang digelar sebagai, Uncle monkey. Dia merupakan homeless yang menjadi volunteer sebagai tunjuk arah tempat dimana homeless/gelandanggan lain.
Bertanya pengalaman? Memang seronok, siap kena kejar lagi. Namun, dalam masa yang sama. Ana diajukan soalan dari dua orang sahabat bernama fatin dan iffa,

”Apa pandangan atiqah?”

Lalu ana menjawab, “ana bersyukur pada Allah kerana ana tidak dibesarkan dalam keadaan seperti ini. Alhamdulillah, kerana Allah mengurniakan umi dan abuya yang menjalankan tanggungjawab dengan baik keatas anaknya. Dan ana akan menjadi saksi bahawa umi dan abuya melaksanakan tanggungjawab ketas ana. Dan yang kedua, seandainya pemimpin kita seperti Saidina Umar yang tidak tidur malam dan sanggup melawat penduduk. Jika kita salami kisah pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab, ketika beliau melawat penduduk lalu ditemui sebuah rumah yg kekurangan makanan. Lalu Saidina Umar lantas ke Baitulmal. Baliau sendiri yang mengangkatnya barang walaupon Aslam menawar diri untuk membantu. Lalu Saidina Umar berkata, Wahai Aslam, sesungguhnya adakah engkau yang akan memikul dosaku diakhirat kelak? Aku berbuat begini adalah kerana aku takutkan Allah, sesungguhnya Allah akan menyoal aku diakhirat kelak. Dia Maha Mengetahui dan Melihat segala perbuatan hambaNya.”

……………………………………….

T/S : Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan kerna Allah. Daripada itu akan terbit rasa kepuasan dalam diri walaupon kudrat tidak sekuat sahabat-sahabat yang lain. Alhamdulillah, kerana Allah memberi kepadaku peluang mendekati pelbagai jenis mad’u yang mempunyai latarbelakang, budaya dan bahasa yang berbeza. Syukran jiddan kepada sahabat yang bersama ana dan memberi peluang pada ana. 

Wednesday 16 January 2013

Ithar ~ manis bila dikenang.


Waiting 4 the last paper. Tomorrow. And then survey programe 4 'Orang Asli'. But, I try spend my times to write something to my special friendz.. who’s knows me about ithar.

Apakah maksud ithar?
Ithar boleh mambawa pengertian mengutamakan insan lain disaat kita memerlukan. Ithar merupakan tingkatan paling tinggi dalam ukhwah Islamiah.

Ukhwah dihulur ikhlas dihati..
Bersama mengharap redha Ilahi..

Persoalan, berapa ramai insan yang sanggup mempraktikkan ithar dalam kehidupannya? Bagaimana seseorang itu boleh melebihkan saudaranya dalam setiap urusannya. Tentulah kerana kasih dan sayang yang dibina kerana Allah. Bila kita membina sesuatu ikatan yang murni dengan ikhlas kerana Allah daripada itu akan lahir konsep ithar dalam diri.

Hadis sahih, daripada Anas bin Malik, Rasulullah bersabda:

“Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”
(Riwayat Bukhari)

Jika kita menyelami sirah, konsep ithar itu banyak didalam sirah seperti ukhwah Rasulullah s.a.w dengan sahabat ketika permulaan Islam sehingga wafat baginda Rasulullah s.a.w. Sehingga diri ini pernah menangis tatkala membawa kitab sirah milik abuya tersayang. Ukhwahnya terlalu hebat sehingga sanggup berkorban walau darah menjadi taruhan.

Seandainya setiap ukhwah yang dihulurkan diselami dengan ithar, ianya akan terkesan dihati dan akan diingati hingga akhir hayat. Walaupon, jarak memisahkan antara dua insan. Namun, didalam ia sentiasa hadir didalam doa sahabatnya.

______________________
Tintaku Srikandi: Ana teringat kata-kata seorang sahabat yanga ana kenal sejak dari tingkatan 4 sehingga kini ukhwah itu masih disemai. Walaupon, bibirnya jarang menyatakan “kasih enti kerana Allah” berbandig dengan ana ^_^.  Namun, dia seringkali melaksanakan ithar. Bibirnya hanya mengeluarkan kata-kata yang baik, tatkala bersamanya pasti akan teringat pada Allah dan Rasulullah. Cintanya pada Allah dan Rasul dibuktikan dengan amalannya. Diantara amalan yang dilakukannya adalah konsep ithar. Terbaru insan ini sanggup mengeluarkan duitnya untuk ke Kuala Lumpur bagi menyertai kem  bersama ana. Disaat ana memerlukan pandangan, dialah diantara insan yang dicari bagi mendapatkan pandangan. Hatta, nak ada test.. insan ini meluangkan masanya untuk mendengar masalah dan membantu ana menyelesaikan masalah.
tambah spek mata utk sahabat bermata 4. ^_^V
~sanah Helwah buat sahabatku, yang memahami diri ini dan menghulurkan ukhwah ikhlas kerna Allah. Kasih enti kerna Allah. Semoga bertambah usia bertambah amal kepada-NYA dan semakin subur cinta enti pada ALLAH dan RASULULLAH. Kata-kata ini lahir dari hati sehingga air mata teman dipipi. (ana kan mudah menangis). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...