Assalamualaikum wbt..
Duhai anak saudara yang dikasihi..
Semoga permulaan hidupmu ini dengan Iman..
Pertengahan hidupmu dengan Iman..
Dan akhir hidupmu jua dengan Iman..
Hidup suburkanlah dengan kemanisan iman..
Pesanan buatmu bakal mujahid..
Menegakkan yang hak..
Mencegah yang batil..
Moga dikau menjadi mujahid sejati…
Memakmurkan bumi Allah ini…
Anak saudara yang dirindui..
Ramai yang menyayangimu dan mengasihimu..
Namun, kasih dan sayang Allah melebihi segalanya..
Maka, dahulukanlah Allah dalam segala urusan mu..
Kerana kasih dan sayang yang hadir ini semuanya daripada-Nya…
Maka, syukurlah dengan nikmat itu..
Salam sayang dan rindu dari mak njang yang jauh dimata.. kasih dan sayang kerana Allah buatmu..
~Tentu ramai yang ingin mengetahui bagaimana pengalaman ana sejak bergelar mahasiswa.. Amat seronok.. disini ramai orang hebat2.. sangat hebat.. sehingga jika disoal, walau rujuk 19 buah buku rujukan masih belum mampu menjawab soalan yang ditanya.. L
Minggu pertama di sini, ana menangis ingin pulang ke rumah.. kerana suasananya yang berbeza. Sehingga jumpa doctor dan dimaklumkan demam kerana alahan pada cuaca. Jika dahulu, ana bersekolah di sekolah semuanya perempuan berbeza dengan suasana disini. Ada lelaki dan juga perempuan. Memerlukan masa untuk sesuaikan diri, sehingga menjadi agak pasif jika dibandingkan semasa di sekolah dahulu.
Bagaimana dengan kawan2?
Alhamdulillah, syukur kerana Allah mempertemukan kawan2 yang baik disini. Yang sudi menemani ana mendengar ceramah agama, teman ke kuliah, teman ana ke klinik ketika sakit, teman ke surau, dan sebagainya.
Tintaku : Terima kasih buat family dan akak sayang, kak ngah kerana sudi hantar sampai ke Melaka semasa hari pendaftaran walaupon ada kerja pada hari itu. Terima kasih juga kerana bawa adik pusing Kuala Lumpur pada minggu adik demam dan tidak boleh blik kampung.. Syukran umi dan abuya, bwak makan durian ditepi jalan.. waktu itu, menitis air mata. Terima kasih semua..Sayang semua kerana Allah.