Tuesday, 20 December 2011

Hargailah..

Assalamualaikum wbt, 
Seorang sahabat pernah bertanya baru-baru nie, "mak anjang ni da xupdate blog ker?". Maka, ana cuba mencari ruang untuk bertinta di blog ini..

Duhai pembaca yang dikasihi Allah.
Jari ini lantas menari diatas keyboard tatkala mengingatkan seorang lelaki tua yang berbicara dengan umi ana. Lelaki tua yang merupakan seorang ayah meluahkan isi hatinya, merasa sedih kerana anaknya tidak pernah menyambut hari lahirnya dengan membelikan kek. Inikan pula, layanan yang diberikan tidak seperti yang didambakan oleh seorang ayah yang lanjut usia. Ana ingin bertanya, begitu mahalkah nilai kek? Terbaru ni, ana belikan kek buat umi. paling murah berbelas ringgit dan paling mahal beratus ringgit. Ana rasa tidak sukar bagi seorang anak untuk membeli kek hatta sepotong buat ayahanda tercinta sebagai tanda menghargai kehadirannya walaupon, hanya sepotong kek berharga RM2. Susahkah?? Ana tidak merasa ianya sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Mungkin ada dikalangan ibu dan ayah tidak menyatakan hasrat hati mereka. Namun, kadang-kadang kita perlu membuat sesuatu yang membuktikan betapa kita kasih pada seseorang agar mereka mengetahui betapa bernilainya dan pentingnya kehadiran mereka dalam kehidupan kita. 

Abuya ana pernah berkata,.” kasih sayang abuya tidak pernah kurang buat anak-anak abuya walaupon apa jua berlaku. Dan ingatlah duit tidak membezakan kasih sayang umi dan abuya buat anak-anak”. Selain itu, Umi dan abuya juga mendidik anak-anaknya bahawa kasih sayang lebih penting daripada material. Hatta, notebook yang baru digunakan tidak sampai 5 bulan yang rosak dibuat oleh anak kesayanganya. Namun, abuya tidak marah dan umi tidak berleter. Aduhai, untung dapat ibu dan ayah macam nie..
Dalam hati ana pernah terdetik tatkala mendengar sahabiah menceritakan bondanya berleter, 
“ishh.. napelah umi tak pernah berleter? Kenapalah umi apabila menyuruh anaknya buat sesuatu dan anaknya tidak lakukan. Maka, umi akan lakukan tanpa banyak bicara sehinggakan anak-anak jadi segan?” . 
Namun, bila difikirkan semula, tahankan ana untuk mendengar leteran?? Maka, dari itu ana dapat jawapannya.. ana bersyukur dapat umi dan abuya sebagai ibu dan ayah. P/s: syukran jiddan untuk laptop baru. :)

Sidang pembaca yang dirahmati oleh Allah sekalian,
Ana berpegang kata-kata ustazah ana dari SMKAP. Apa yang dilakukan oleh kita pada hari ini akan dilakukan oleh anak-anak mahupon keturunan kita kelak. Dalam erti kata yang mudah, segala perbuatan kita pada hari ini akan diikuti oleh zuriat kita kelak. Jika cantik, maka cantiklah hasilnya nanti dan jika sebaliknya. Maka, jawapannya??. (p/s : sudah dekat dengan exam. Maka, entri yang ditulis banyak bertanya pada pembaca bagi mengasah minda)


Ana akhiri tinta kali ini dengan sepotong hadis Nabi.

عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبى صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله تعالى؟قال:الصلاة على وقتها,قال:ثم أي؟ قال:ثم بر الولدين ,قال:ثم أي؟ قال: الجهاد في سبيل الله قال: حدثني بهن رسول الله صلى الله عليه

Terjemahan : “Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W),Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala:Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?Baginda Bersabda:Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa,Aku Bertanya Lagi,Apa Lagi Wahai Rasulullah?Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah,Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”
       [Hadis riwayat Imam Bukhari & Bukhari]

Tintaku: hargailah ibu dan ayah anda selagimana mereka hidup dan selagimana Allah meminjamkan masa kita untuk bersama mereka bagi meraih syurga dengan taat pada mereka. Kerana, kita tidak mengetahui bila masanya Allah akan menjemput ibu dan ayah kita. Carilah masa buat ibu dan ayah tersayang. Sempena 18.12.2011 ana buat Sushi.. buat umi tersayang. 
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Belajar buat sushi untuk umi tersayang. Kalau kita sayang pada seseorang, kita sanggup buat apa sahaja.