Bersyukur
kehadrat Ilahi dengan izin-Nya, dapat kami melaksanakan misi ini. Delegasi
kemasusiaan ke Kemboja ini asalnya perancangannya pada hari Raya Eidul Adha.
Namun, perancangan Allah mengatasi perancangan makhluk. Program ini diajak
kepada 20 februari.
Pada
permulaannya, ana luahkan niat untuk mengikuti program PROGRASI pada umi dan
abuya tersayang. Kemudiannya, ana terpaksa meletakkan jawatan dan keluar dari
PROGRASI kerana ana utamakan umi ana yang sakit ketika itu. Walaubagaimanapun,
seperti ana kata perancangan Allah mengatasi perancangan makhluk. Pada
10/10/2013, pengarah PROGRASI telah menghubungi ana dan memaklumkan bahawa
jawatan ana yang ditinggalkan itu masih belum dicari ganti.
Sepanjang
program ini, banyak yang kami lalui, suka dan duka kami rasai, ada masanya kami
diuji dari-Nya. Semua dengan rahmat-Nya dan ianya memberi seribu satu kenangan
yang manis untuk kami lebih kuat dan terus bersemangat membantu saudara di
sana.
Negara yang kaya dengan kisah
sejarah yang tersendiri, Penuh dengan sejarah kelam “Killing Fields dan “tahun
Nol!”. Kemboja yang dahulunya pernah menjadi hamba dan medan pergelutan dua
kuasa besar serantau Siam dan Vietnam. Negara yang terkenal dengan sejarah yang
mengerikan , dan negara yang penduduknya dibunuh sehingga mencapai angka
juta oleh tentera Pol Pot yang berperikebinatangan. Rentetan daripada
peristiwa itu, kita dapat lihat ada bebarapa orang yang asalnya Kemboja namun
menetap di Kelantan. Kini, disaat hampir semua Negara telah membangun dan
berdiri gah dengan amannya, namun saudara seakidah kita disana masih mundur dan
memerlukan pertolongan daripada orang luar.
Biiznillah,
kami akan berada di Kemboja demi membantu saudara seakidah kita disana pada
20-26 Februari 2014. Ana memohon sahabat-sahabat sudi mendoakan agar kami
diberi perlindungan, kemudahan, dan dipermudahkan dalam urusan ini. Ana
mengharapkan dengan program ini akan menambahkan rasa syukur kepada-Nya diatas
keamanan Negara.
………………………………….
T/S : sumber daripada Pengarah program meminta agar kami membawa baju sejuk kerana Kemboja pada waktu ini dipenghujung musim sejuk. Doakan kesihatan ana disana, kerana Allah telah menguji ana dengan batuk. Harap2, ujian kesihatan daripada Allah ini tidak menghalang untuk ana membantu seterusnya menambah kecintaan kepada-Nya. I Love Allah..
T/S : sumber daripada Pengarah program meminta agar kami membawa baju sejuk kerana Kemboja pada waktu ini dipenghujung musim sejuk. Doakan kesihatan ana disana, kerana Allah telah menguji ana dengan batuk. Harap2, ujian kesihatan daripada Allah ini tidak menghalang untuk ana membantu seterusnya menambah kecintaan kepada-Nya. I Love Allah..