Wednesday 19 December 2012

Couple Vs Ikhtilat.


Kenapa tidak disiarkan secara terang-terangan tentang couple itu haram?

Jawapannya mudah, kerana penguasa yang memegang media adalah orang berfikiran sekular. Di Malaysia ini tiada media yang benar2 dikuasai oleh orang agama. Semuanya dikawal oleh pemerintah yang berfahaman sekular. Mereka tidak akan menyuarakan banyak perkara yang benar. Untuk itu, perlu kepada usaha orang2 muda agar menceburi bidang media dan menguasai teraju-teraju penyiaran. Barulah bahan-bahan Islamik dan penjelasan tentang hukum akan tersebar.

Antara sebab ustaz menulis di blog adalah sebagai satu usaha menjelaskan bahawa couple itu haram. Jika kita melihat kepada kebanyakan pandangan ulama, memang sudah jelas couple itu haram. Bahkan tiada sirah di zaman sahabat yang menunjukkan wujudnya percintaan seperti dating, berdua-duaan dan sebagainya.

[A.Ubaidillah Alias]

Kata-kata daripada A.Ubaidillah Alias yakni seorang penulis cukup jelas hukum berkaitan dengan couple. Ketahuilah cinta itu fitrah, namun bercinta itu fitnah. Bagaimana bercinta boleh mengundang kepada fitnah? Jawapannya mudah, iaitu apabila ianya tidak mengikut batasan syara’. Dalam sirah Islam seandainya kita selidik, belum pernah kita mendengar para sahabat berdua-duaan, dating, keluar berdua, dan sebagainya. Melainkan, mendahulukan cinta Allah mengatasi cinta manusia.

Bagaimana cinta Allah mengatasi cinta manusia?

Cinta Allah mengatasi cinta manusia apabila seseorang itu mencintai Allah melebihi segala-galanya. Ianya terbukti apabila kita takut untuk mendekati murka Allah dengan bercouple.

Adakah daku tebal iman atau nipis iman?

Insan yang tebal imannya tidak mudah tunduk pada godaan hawa nafsu atau bisikan syaitan yang mengajak kearah kemaksiatan seperti berdua-duaan, berhubung tanpa kira siang mahupon malam, dating. Ketahuilah, seandainya seseorang itu tebal imannya pasti dia takut untuk menghubungi insan yang tidak sejantinanya melainkan diatas urusan muamalat.
Maka, wajarlah seandainya rijal yang tebal imannya mendapatkan pasangan hidup yang tebal imannya jua bukan iman senipis kulit bawang yang boleh terkoyak bila-bila masa sahaja.
Yakin pada janji Allah, pasti kamu akan bertemu dengan yang sekufu.

Hati-hati jaga hati , hati-hati jaga mata..
Semoga redha Allah sentiasa bersama anda..

Janganlah jumud dalam menjaga ikhtilat.

Statement ini pernah dikeluarkan oleh seorang hamba Allah buat ana. Tatkala itu, hati tersentap. Lidahku menjadi kelu. Hati mebisik, Allahu akhbar. Seorang insan yang punya ilmu agama yang mantap boleh mengeluarkan statement sedemikian keatas ana.
Lantas diri ini mencari butir-butir perkataan yang harus dilontarkan sebagai jawapan.
Tahukan anda apa maksud ikhtilat?? Apa bukum ikhtilat diantara lelaki dan wanita jika bukan atas urusan muamalat?? Fahamilah dahulu maksud dan hukum ikhtilat. InsyaAllah, daripada itu anda akan menukar pandangan bahawa ana bukan jumud dalam menjaga ikhtilat.

----------------

T/S : dibumi UM ini ana belajar banyak perkara. Kita perlu mengenali insan dahulu barulah kita menilai. Kerna pemakaian tidak menjamin kecantikkan akhlak. Duhai wanita yang dikasihi Allah dan Rasul, ketahuilah bahawa darjat kita tidak seperti dizaman Jahiliyyah. Setiap kamu adalah permata Islam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...