“Selemah-lemah manusia adalah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mansia-siakan sahabat yang dicari” Saidina Ali.
Berbicara tentang sahabat. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan kepada ana sahabat2 penyeri hidup yang membuatkan bumi Allah ini lebih makmur. Ukhwah yang dibina atas landasan iman dan Islam membuatkan ana rasa sayang pada ukhwah yang dibina ini. Dalam tempoh satu bulan, ana mengambil peluang untuk bertemu dengan sahabat2 ana. Seronok sangat apabila bertemu.
![]() |
kenangan bersama: Wan, Tika, Aina dan Safi |
Ada yang meluahkan rasa, ada yang demam. Yang paling seronok, apabila dah jumpa, tak lama selepas itu, demam terus reda. Hebatnye Ukhwah yang dibina atas iman dan Islam ini sehinggakan mampu menghasilkan satu yang dahsyat. Ada yang meluahkan rasa, siap ana tumpang menangis, kerana ana turut merasa kesakitan diatas ujian yang Allah berikan kepada sahabat ana. Sabarlah sahabatku, Allah memberi ujian agar ante lebih menghargai insan yang bergelar “SAHABAT”. Semoga ante akan bertemu sahabat yang baik. Selain itu, Ada juga yang plan nak pergi ke Jitra dan terpaksa dihantar balik. Ada yang dah berkerja dan siap beli motosikal baru menggunakan duit sendiri dan macam2 lagi kenangan yang diukir.
![]() |
Ingatlah!! tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi nokhtahnya kerana… SEORANG SAHABAT itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya..