Seperti biasa, jadual sentiasa
pack dengan pelbagai aktiviti. Maaf, pembetulan.. jadual sengaja di penuhkan
dengan pelbagai aktiviti agar dipenuhi dengan pengisian yang bermanfaat. Ingat pada
prinsip hidup menjadi kekuatan.
~Dakwah telah menjadi pilihanku,
cinta Allah menjadi buruanku~
Dakwah bukan perkara mudah
perlukan pengorbanan dan kekuatan. Namun, permulaan bagi dakwah amat simple. Just
^_^ smile. Kerna kita adalah DUTA ISLAM.. But, prinsip tetap prinsip.. not for
rijal.
Kembali kepada topic bicara ana
ynag bertarikh 9 Disember 2012 iaitu pada hari ahad baru-baru ini. Yayasan Amal
Malaysia, SUK Selangor dan MPMS telah turun padang untuk kutipan derma untuk
saudara seakidah kita di Palestine.
Sebenarnya, keinginan untuk turun
padang meminta bantuan bagi saudara kita di Palestine dah lama terbuku dihati. Alhamdulillah,
akhirnya menjadi pilihan Allah untuk turut sama turun padang mengutip derma
dengan sahabat-sahabat. Allahu Akbar!
Sedang kutip derma, tiba-tiba
terdengar “akak Palestine..”. Lantas ana menoleh, melihat seorang kanak-kanak lingkungan
usia 6-7 tahun menghulurkan duit untuk derma. “Ini untuk Palestine yea kak”. Dikeluarkan
dompetnya untuk didermakan. Anak soleh. Allahu Akbar. Bertuah ayah dan ibunya
kerna punya anak yang tidak lokek untuk memberi derma untuk agama Allah. Lalu
ana membalas dengan senyuman yang ditafsir melalui mata walaupon tidak dapat
dilihat melalui ukiran senyuman dibibir. Maaf jika ayat memeningkan.. @_@?
Banyak pengalaman, namun semuanya
menguji kesabaran dan senyuman perlu sentiasa diukir. Bila lemah, bermonolog
dalam diri..
“IKHLASkan diri.. senyum3.. kerna
apa yang atiqah buat untuk bantu saudara seakidah. Allah uji dengan orang tidak
memandang dan tidak menderma ja. Mcm mana nak mujahidah klo lemah.. Kak ima
yang mengandung 6 bulan pon boleh tabah dari pagi hingga petang. Ikhlas3”
________________
T/S: kata sahabat: don’t judge the book by its cover. Namun,
kadang-kadang cover penting klo isinya memang baik. Jgn hanya segelintir
golongan bertudung dan berkopiah tidak memberi sumbangan yang lain pon kena
label.. ok bah?? MPMS, I’m waiting 4 the next activities. 12.12.12 (HARI
MAHASISWA)