Monday 20 June 2011

Abuya.

Entri kali ini ana tujukan buat insan yang ana gelar Abuya..

Pertama sekali ana masak..
Waktu itu ana baru di sekolah rendah.
Ana masak ayam masak kicap..
Ana kasi abi makan sebelum abi pergi ke masjid untuk solat jumaat..

Abi makan masakan ana..
kemudian.. ana bertanya sama abi..
"sedap dak cik masak?"
abi senyum.. dalam hati.. seronok sangat..
Bila abi sudah makan.. ana pon, cubalah rasa..
Ya Allah, masin sangat..
iya lah.. ayam dibubuh garam.. lepas itu, dimasukkan lagi dengan kicap..
mau tak masin.. leh darah tinggi klo makan tiap2 hari..

Bila dah besar..
Abi adalah tempat untuk meluahkan perasaan..
Kadang-kadang, walaupon diri ini ilmu tak seberapa..
namun, ana suka soal jawab dengan abi...
Biasalah, bila dah minat fiqh.. berbincang bab hukum memang menarik..
soalan yg selalu ana tanya adalah..

"Kenapa hadis nie tidak digunakan? bukankan hadis merupakan tempat ke 2 dalam pembahagian hukum??"
"Apa itu bid'ah??"

Dan macam-macam lagi soalan yang ana suka tanya. Termasuklah dalam membuat keputusan..
Abilah penasihatnya...

Abi sentiasa support pandangan ana..

Abi seorang yang berani bersuara..
Mungkin sebahagian sifat abi ini, di warisi oleh anak-anaknya.
Berani kerana benar..

Namun, dalam masa yang sama, abi suka meminta pandangan dari anak-anak abi..
Abi sentiasa meminta pandangan daripada anak-anak abi sama ada ianya berbentuk positif mahupon negetif..
mungkin sebab itu, anak-anak abi merasakan diri mereka dihargai dan tidak takut untuk bersuara..

Syukran Jiddan abuya.. and u are the best, my dad..

Tintaku : Buat abi tersayang atau ana panggil dengan panggilan Abuya (ayah). Abuyalah BFF(best friend forever). Terima kasih untuk segalanya. Cik pernah hantar mesej pada sahabat cik "Sekiranya Allah mengurniakan kepada ana seorang ayah yang baik, kenapa ana tidak boleh mencuba untuk menjadi anak yang baik jua.".Abuya, anak mu akan cuba sedaya upaya untuk menjadi anak yang baik.. Teruskan bersabar dalam membimbing anakmu ini dan terima kasih untuk segalanya..

Monday 13 June 2011

Subahanallah...

“Cuti kali nie nak kemana lak?” soal sahabat ana.
“Sekarang nie pakat suka pi Kelantan. So, Kelantan adalah destinasinya.” jawabku.

“Subahanallah.” Itulah kalimah pertama yang dilafazkan oleh ana tatkala melihat keindahan Pantai Tok Bali, Kelantan.

 Pemandangan ketika di tepi pantai.
Kalimah itu dilafazkan bagi memuji ciptaan Allah yang menciptakan langit tanpa penyokong sebagai bumbung yang dihiasi dengan langit yang biru kemerah-merahan. Sesekali kedengaran bunyi ombak menghampas pantai. Damai rasa dalam hati. Musim cuti inilah waktu untuk mencuci mata sambil melihat keindahan alam ciptaan Allah. Seperti firman Allah :

“Dan ditundukkan kepada kamu apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang mahu berfikir”

Pemandangan dipagi hari yang dari chalet yang ana menginap bersama keluarga.
Maaf kerana tidak berani nak ke pantai seorang diri waktu pagi-pagi.

Di Pantai Tok Bali ini, anak saudara ana diajar mengapungkan diri. Hebat, tanpa perlu berenang kita mampu mengapungkan diri.. bak kata abi.. Releks.. nanti badan akan terapung 10%.

Fakta lain yang ana dapat.. Hebatnya, air laut kerana mampu mengapungkan badan manusia walaupon seberat mana pun. Bahkan sehingga muatan seberat 500,000 tan.
Allah berfirman ;
“Allah lah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintah-Nya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan juga supaya kamu bersyukur”
(Surah Al-Jatsiah : 12)

 Bersama anak-anak saudara ana. 
Mak njang belanja cendol bagi anak saudara yang tak tidor petang hari.

Tintaku : Syukur kepada Allah kerana Allah mengurniakan kepada ana keluarga yang bahagia. Kadang-kadang meluangkan masa bersama keluarga seperti bercuti merupakan detik paling menyeronokkan. Ketika inilah anak-anak akan mendekatkan diri mereka kepada ibu dan ayah.

Monday 6 June 2011

Syariah Islamah: Al-Hakim dan Hukum.

AL HAKIM

Sesuatu itu datang daripadanya. Hakim mutlak adalah Allah
Sesuatu hukum itu dapat diketahui melalui rasul atau akal

Muktazilah dan Syiah Jaafariah
• Setiap perbuatan ada kebaikan dan keburukan. Dengan itu akal mampu nilai samada perkara itu baik atau buruk.
• Hukum Allah selari dengan fahaman akal. Apa yang akal pandang baik maka baiklah di sisi Allah
• Perkara akal tidak boleh fikir seperti Hikmat dan kelebihan sembahyang maka akan dinilai kepada arahan dan larangan dan penjelasan syarak.
• Dengan itu semua manusia dikira mukallaf walaupun tidak ada rasul. Sebab akal boleh nilai.

Abu Hassan As-Sya’ari
• Akal semata-mata tidak mampu fikir
• Perlu rasul untuk mengetahui hukum Allah.
• Manusia tidak boleh nilai baik atau buruk kecuali Allah
• Baik buruk dapat dinilai selepas suruhan atau larangan syarak
• Manusia tidak mukallaf sebelum utus rasul

Abu Mansur Al-Maturidi
• Baik buruk akal yang menilai berdasarkan kesan yang lahir selepasnya
• Perbuatan baik yang akal nilai itu diarah oleh syarak
• Bukan akal semata-mata
• Akal manusia waras pintar namun tetaplemah dan terbatas.
• Hukum Allah mesti dapat melalui rasul
• Belum ada Rasul maka tidak ditaklifkan.


2 ) HUKUM
Ialah sesuatu yang berasal daripada hakim yang menunjukkan maksudnya mengenai perbuatan mukallaf

2.1) PENGERTIAN HUKUM SYARAK

BAHASA
-Menetapkan sesuatu terhadap sesuatu
ISTILAH
Titah @ kitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf samada secara tuntutan atau pilihan atau secara wad’i.
BAHAGIAN
• A) tuntutan supaya dilakukan
• B) tuntutan supaya meninggalkan

Tuntutan supaya dilakukan
• -tuntutan supaya dilakukan dengan pasti iaitu wajib
• -tuntutan supaya dilakukan dengan tidak pasti iaitu sunat

Tuntutan supaya meninggalkan
• -tuntutan supaya meninggalkan dengan pasti iaitu haram
• -tuntutan supaya meninggalkan dengan tidak pasti iaitu makruh

PEMBAHAGIAN HUKUM
1. -Hukum taklifi
2. -Hukum wad’i

2.1.1 Hukum Taklifi
• Khitab Allah yang mengandungi tuntutan supaya melakukan sesuatu perbuatan atau tuntutan supaya meninggalkan atau diberi pilihan.
1.
Dikenali sebagai taklifi kerana didalamnya terkandung pembebanan terhadap mukallaf tetapi mengikut kemampuan seseorang Contohnya, menunaikan haji

BAHAGIAN HUKUM TAKLIFI MENURUT JUMHUR ULAMAK
1. Ijab
Khitab Allah yang meminta supaya melakukan segala perkara dengan tuntutan yang mesti.
contoh: Dalil Wajib Puasa
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ

1. Nadbu
Khitab Allah yang meminta supaya melakukan dengan tuntutan tidak pasti
contoh:dalil Menulis dalam berhutang.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ

1. Tahrim
Khitab Allah yang meminta meninggalkan sesuatu dengan tuntutan cara mesti
Contoh:dalil Melarang zina
وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

1. Karahah
Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan dengan tuntutan yang tidak pasti
contoh: dalil
لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ

5. Ibahah
1.
Khitab Allah yang membolehkan membuat pilihan melakukan @meninggalkan
Contoh:dalil
لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ

Daripada kelima-lima hukum taklifi ini , maka terbentuk pula kesan sampingan iaitu dikenali sebagai Ahkam al-Khamsah iaitu:
1. Wajib
2. Mandub
3. Haram
4. Makruh
5. Mubah

1. 1. Wajib
• Sesuatu perbuatan yang akan diberi pahala melakukannya dan berdosa apabila meninggalkannya.Contohnya berpuasa bulan ramadhan
• Pembahagian wajib:
Wajib dari sudut masa

1.Wajib Mutlak:
Tuntutan yang tidak ditetapkan waktu – Bayar kifarat
2.Wajib Muaqqat:
Tuntutan yang ditetapkan waktu – Sembahyang Fardu.

1. 1. Wajib Muwassa’:
Wajib terhad degan tempoh yang luas.seperti Sembahyang Subuh mulai terbit fajar sodik hingga terbit matahar, sedangkan kerjanya hanya beberapa minit sahaja.
1. 2. Wajib Mudayyaq :
Wajib terbatas dengan tempoh yang terhad. Seperti puasa mulai terbit fajar sodik hingga terbenam matahari.Tidak lebih dan tidak kurang.

• Wajib dari sudut kadar

1.Wajib Muhaddad:
Wajib yang ditentukan kadarnya mengikut cara ditetap syarak seperti sembahyang mesti cukup syarat dan rukunnya.
2.Wajib Ghair Muhaddad:
Wajib yang tidak ditentukan kadarnya oleh syarak
seperti memberi makan kepada orang kebuluran.

• Wajib dari sudut mukallaf

1.Fardu Ain:
Kewajipan yang diwajibkan kepada setiap individu yang mukallaf.seperti belajar al-Quran

2.Fardu Kifayah. :
Kewajipan yang diwajibkan kepada seluruh mukallaf di mana seandainya ada diantara mereka yang melaksanakan tanggung jawab tersebut maka terlepaslah mukallaf yang lain.
• Wajib dari sudut perkara

1. Wajib Mu’ayyan :
Sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh syarak supaya melaksanakan tanpa ada pilihan seperti Solat.
1.
1. Wajib Mukhayyar :
Sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh syarak supaya melaksanakan dengan ada pilihan memilih salah satu daripadanya seperti Kaffarah sumpah. Pilih samada beri makanan 10 miskin @ beri pakaian @ merdeka hamba.
فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ
• Wajib Mukhayyar yang harus laksana semua :
Seperti Kaffarah sumpah. Harus menunai ketiga-tiganya sekali walaupun kewajipan asalnya hanya memilih salah satu .
• Wajib Mukhayyar yang tidak harus laksana semua :
Seperti ketua negara yang meninggal mesti diganti seorang sahaja walau yang layak ramai.

1.
1. Wajib Murattab :
Sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh syarak supaya melaksanakan dengan tertib seperti Kaffarah Bersetubuh bulan Ramadhan ialah Merdeka hamba, jika tidak mampu puasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak mampu beri makan 60 miskin.
1. Mandub
• Sesuatu perbuatan yang akan diberi pahala melakukannya dan tidak berdosa apabila meninggalkannya.Contohnya-

Bahagian sunat:
Sunat Mu’akkad
Sunat yang selalu dikerjakan oleh nabi seperti Sembahyang Fardhu berjemaah.
1. Sunat Ghair Mu’akkad
Sunat yang tidak selalu dikerjakan oleh nabi hanya kadang-kadang sahaja seperti Puasa Isnin dan Khamis.
1. Sunat Zawa’id
Amalan sunat dengan mencontohi cara hidup Nabi seharian seperti Cara makan dan minum Nabi.
1. Haram
Perbuatan yang diberikan pahala apabila meninggalkan dan apabila melakukannya.
Bahagian haram:
1. Haram Lizatihi
Sesuatu perkara yang diharamkan semenjak semula jadi sebab ada kemudharatan dan kesan yang tidak baik. Seperti mencuri dan merompak adalah haram pada zat perbuatan itu sendiri bukan sebab lain.

1. Haram Lighairihi
Sesuatu perkara yang diharamkan kerana ada sebab lain seperti asal puasa itu wajib atau sunat tetapi haram puasa sebab hari raya.
1. Makruh
• Perbuatan yang akan diberi pahala jika meninggalkan dan tidak ada apa-apa dosa jika meninggalkannya. Makan petai sebelum hadiri majlis.

1. Mubah
• Perbuatan yang tidak diberikan pahala melakukannya dan tidak mendapat dosa jika meninggalkannya. Seperti makan roti,nasi dan ulam.


BAHAGIAN HUKUM TAKLIFI MENURUT ULAMAK HANAFI

1. Fardhu
Khitab Allah yang mengandungi tuntutan melaksanakan sesuatu dengan tuntutan pasti melalui dalil Qat’I seperti maksud al-Quran “ Difardhukan ke atas kamu berpuasa”.
1.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ

2. Ijab
Khitab Allah yang mengandungi tuntutan melaksanakan sesuatu dengan tuntutan yang tidak pasti melalui dalil Zanni seperti maksud al-Hadis Ahad “ Rasulullah memfardhukan kepada orang Islam segantang tamar atay sya’ir ”.
1.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ

3. Nadbu
Khitab Allah yang mengandungi tuntutan melaksanakan sesuatu perbuatan dengan cara yang tidak pasti seperti maksud al-Quran “ Apabila kamu berhutang maka hendaklah kamu menulis”.
4. Tahrim
Khitab Allah yang mengandungi tuntutan meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti melalui dalil Qat’i seperti maksud al-Quran “ Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut papa”.
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ
5. Karahah Tahrim
Khitab Allah yang mengandungi tuntutan meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti melalui dalil zanni seperti maksud al-Hadis “ Janganlah kamu menjual barangan di atas jualan orang lain”.
1. 6. Karahah Tanzih
• Khitab Allah yang mengandungi tuntutan meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang tidak pasti seperti al-Hadis Nabi menegah makan daging kuda dan minum susunya.
1. Ibahah
• Khitab Allah yang membolehkan membuat pilihan untuk melakukan @ meninggalkan seperti maksud al-Quran “ Makanlah dan minumlah…. “.
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

BAHAGIAN BERKAITAN HUKUM TAKLKIFI MENURUT ULAMAK HANAFI
• Hukum yang difardhukan
Perkara yang syarak minta melakukannya dengan tuntutan pasti melalui dalil Qat’I
seperti sembahyang fardu.
• Hukum wajib
Perkara yang syarak minta melakukannya dengan tuntutan pasti melalui dalil Zanni seperti al-Hadis Ahad minta baca fatihah dalam sembahyang.

• Hukum yang disunatkan
Perkara yang syarak minta melakukannya dengan tuntutan yang tidak pasti.

• Hukum haram
Perkara yang syarak minta meninggalkan dengan tuntutan pasti melalui dalil Qat’I

• Hukum makruh Tahrim
Perkara yang syarak minta meninggalkan dengan tuntutan pasti melalui dalil Zanni

• Hukum makruh Tanzih
Perkara yang syarak minta meninggalkan dengan tuntutan tidak pasti.

• Hukum yang diharuskan
Perkara yang syarak membolehkan buat pilihan untuk melakukannya atau meninggakannya.

Tintaku: Ana memohon maaf kerana sudah lama tidak menulis didalm blog ini dan terima kasih kepada sahabat ana dan adik ana yang sentiasa menyokong. Buat adik2 akak yang akan mengahadapi STPM tahun ini. Semoga sedikit ilmu ini dapat memberi manfaat buat adik2 yang sedang mengukir masa depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...