Saturday 18 January 2014

DELEGASI KEMANUSIAN KE KEMBOJA (PROGRASI)


                Bersyukur kehadrat Ilahi dengan izin-Nya, dapat kami melaksanakan misi ini. Delegasi kemasusiaan ke Kemboja ini asalnya perancangannya pada hari Raya Eidul Adha. Namun, perancangan Allah mengatasi perancangan makhluk. Program ini diajak kepada 20 februari.


                Pada permulaannya, ana luahkan niat untuk mengikuti program PROGRASI pada umi dan abuya tersayang. Kemudiannya, ana terpaksa meletakkan jawatan dan keluar dari PROGRASI kerana ana utamakan umi ana yang sakit ketika itu. Walaubagaimanapun, seperti ana kata perancangan Allah mengatasi perancangan makhluk. Pada 10/10/2013, pengarah PROGRASI telah menghubungi ana dan memaklumkan bahawa jawatan ana yang ditinggalkan itu masih belum dicari ganti. 

                Sepanjang program ini, banyak yang kami lalui, suka dan duka kami rasai, ada masanya kami diuji dari-Nya. Semua dengan rahmat-Nya dan ianya memberi seribu satu kenangan yang manis untuk kami lebih kuat dan terus bersemangat membantu saudara di sana. 

Negara yang kaya dengan kisah sejarah yang tersendiri, Penuh dengan sejarah kelam “Killing Fields dan “tahun Nol!”. Kemboja yang dahulunya pernah menjadi hamba dan medan pergelutan dua kuasa besar serantau Siam dan Vietnam. Negara yang terkenal dengan sejarah yang mengerikan , dan negara yang penduduknya dibunuh sehingga  mencapai angka juta oleh tentera Pol Pot yang berperikebinatangan. Rentetan daripada peristiwa itu, kita dapat lihat ada bebarapa orang yang asalnya Kemboja namun menetap di Kelantan. Kini, disaat hampir semua Negara telah membangun dan berdiri gah dengan amannya, namun saudara seakidah kita disana masih mundur dan memerlukan pertolongan daripada orang luar.

                Biiznillah, kami akan berada di Kemboja demi membantu saudara seakidah kita disana pada 20-26 Februari 2014. Ana memohon sahabat-sahabat sudi mendoakan agar kami diberi perlindungan, kemudahan, dan dipermudahkan dalam urusan ini. Ana mengharapkan dengan program ini akan menambahkan rasa syukur kepada-Nya diatas keamanan Negara.  

………………………………….
T/S : sumber daripada Pengarah program meminta agar kami membawa baju sejuk kerana Kemboja pada waktu ini dipenghujung musim sejuk. Doakan kesihatan ana disana, kerana Allah telah menguji ana dengan batuk. Harap2, ujian kesihatan daripada Allah ini tidak menghalang untuk ana membantu seterusnya menambah kecintaan kepada-Nya. I Love Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...