Saturday 9 March 2013

Sanah Helwah~ 10 Mac 1991


Bismillahirrahmanirrahim..


ALHAMDULILLAH.. 

Syukur kpd Allah kerana masih meminjamkan jasad ini untuk terus beribadat kepada-NYA..
Syukran kepada ummi tersayang yang telefon pada jam 12.. untuk mengucapkan hari lahir buat anaknya (terpaksa keluar dari meeting utk menjawab panggilan ummi).. dan terima kasih juga untuk doa ummi.. ummi mendoakan 3 perkara.. semoga Allah mendengar doa umi.. Amen~

Terima kasih untuk ummi dan abuya yang mendidik anakmu dengan sabar. Terima kasih. Syukur pada Allah kerna kurniankan keluarga yang mengingati dan memberi semangat pada diri ini untuk terus berusaha mendapat redha dari-NYA.

Terima kasih kepada sahabat yang call ana dan sahabat yang mengucapkan birthday ketika tengah meeting tepat jam 12 iaitu Baizura dan Hilaliyyah diikuti sahabat2 yang lain.

TAHUN ini buat kali kedua ana  tidak dapat pulang meraikan hari lahir bersama keluarga tersayang. Namun, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.


SURPRISE….


Airmata mengalir tatkala pengarah program MMI. Saudari Syukrie mengucapkan, "pada hari ini 10 Mac, merupakan hari lahir seorang ahli kita yang bernama Nur Atiqah Binti Md. Akhir." ucapan mewakili ahli2 yang lain.. yang kemudiannya seorang sahabat keluar dari tirai bersama kek ditangan. Subahanallah.. manisnya ukhwah ini.. apabila kita kasihkan pada seseorang, semestinya kita bukan hanya tahu nama penuhnya.. Namun, tarikh lahirnya.. kegemarannya.. dll.. :D




UCAPAN…

Tatkala diminta untuk memberi ucapan. Suara jadi sebak, airmata mengalir.. teringat pertanyaan umi, “tak dak yang buat surprise tahun ini?” lalu ana menjawab “tidak”.. Hanya selang beberapa minit.. Allah membuktikan gerak hati seorang ibu..

“Bismillahhirrahmanirrahim, Alhamdulillah dipanjangkan usia. Sudah dua tahun ana tidak dapat menyambut hari lahir bersama kaluarga kerana pada tarikh tersebuta ana ada program. Ana mengucapkan terima kasih kepada semua sahabt2 yang mengingati tarikh lahir ana. KASIH KAMU SEMUA KERNA ALLAH~”


.................................................................................


T/S : terima kasih yang sudi telefon ucapkan hari lahir iaitu umi, sahabat tersayang (Sufayyah), dan adik manja. Jutaan terima kasih kepada master plannya ialah Baizura Ahmad yang sanggup keluarkan duit untuk membeli kek pada ana.. Sayang enti.. Sungguh ana sangat suka dengan surprise enti.. seterusnya, terima kasih sahabat2 MMI.. sayang kalian semua.. sahabat2 kolej dan rakan FB dan jua sanah helwah kepada 2 insan yang tarikh lahirnya sama dengan ana..   


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...