Pada 19 haribulan Januari. Ana mendapat 2 experience baru.. Best sangat.. sekian lama
terbuku dihati. Akhirnya Allah memakbulkan. Kalau dulu ana teringin nak turun
meminta derma untuk Palestine. Terbaru ini, Allah memberi peluang ana untuk
bertemu dua golongan mad’u. Lagi 2 jenis mad’u yang ana ingin bertemu, semoga
Allah mengizinkan ana untuk bertemu mereka. InsyaAllah, Amen~.
Mad’u ku – Orang Asli.
Alhamdulillah,
walaupon terpaksa balik kampung lewat. Namun, merasai kepuasan apabila mendapat
pengalaman untuk pergi mendekati golongan orang asli. Walaupon hanya survey
tempat untuk kem REAL’13 yang akan berlangsung pada hujung bulan Mac akan datang.
Namun, hati tetap gembira.
Orang
asli disini tidak mempunyai pentang larang dan memahami Bahasa Melayu dengan
baik.
Ramai
dai’e ingin turun berdakwah. Namun, tidak selesa dengan persekitaran dan budaya
orang asli. Bak kata Dr. Yusmini ketika mengajar psikologi dakwah,
“Nak berdakwah pada orang Asli, tapi tak leh pakai seluar..
pakailah kain pastu susah nak berjalan. Yang kedua, nampak anjing kira nak lari
ja.. Yang ketiga, dihidangkan makanan.. dibuat muka jijik.. maca mana mad’u nak
dekat?”
Bila dah
berada disituasi berikut, ana rasa ana setuju dengan kata-kata Dr. Yusmini. Kita
sendiri tidak selesa dengan mad’u, maka persoalannya bagaimana mad’u nak
mendekati kita?
Ketika para
sahabat memakan dhab (biawak padang pasir). Rasulullah tidak menyuruh dan tidak melarang mahupun membuat
reaksi wajah tidak selera untuk memakan. Para dai’e harus sedar setiap gerak
geri anda diperhatikan oleh mad’u. Seandainya cantik peribadi dai’e, ianya akan
menarik minat mad’u untuk mendekati. Itu cara Rasulullah, sebab itu Rasulullah
disayangi para sahabat.
~Rasulullah sebaik-baik contoh.
Mad’u ku – Gelandangan
Apabila sampai
ke kolej. Terpandang dua orang sahabat, lalu ditanya. Daripada itu keinginan
untuk turut serta sebagai volunter bagi gelandangan dibawah Muslim Aids.
Kami ditunjuk
arah oleh seorang insan yang digelar sebagai, Uncle monkey. Dia merupakan homeless
yang menjadi volunteer sebagai tunjuk arah tempat dimana homeless/gelandanggan
lain.
Bertanya pengalaman?
Memang seronok, siap kena kejar lagi. Namun, dalam masa yang sama. Ana diajukan
soalan dari dua orang sahabat bernama fatin dan iffa,
”Apa pandangan atiqah?”

……………………………………….
T/S : Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan kerna Allah. Daripada
itu akan terbit rasa kepuasan dalam diri walaupon kudrat tidak sekuat
sahabat-sahabat yang lain. Alhamdulillah, kerana Allah memberi kepadaku peluang
mendekati pelbagai jenis mad’u yang mempunyai latarbelakang, budaya dan bahasa
yang berbeza. Syukran jiddan kepada sahabat yang bersama ana dan memberi
peluang pada ana.
"DAKWAH ITU AMANAH, LAKSANAKANLAH PENUH HIKMAH"
ReplyDeleteinsyaAllah.. syukran ustaz diatas kata2 taujihad.. Allah Matlamatku, Dakwah Jalanku..
ReplyDelete