Waiting 4 the last paper. Tomorrow. And then survey programe 4 'Orang Asli'. But, I try spend my times to write something to my special friendz.. who’s
knows me about ithar.
Apakah maksud ithar?
Ithar boleh mambawa pengertian mengutamakan
insan lain disaat kita memerlukan. Ithar merupakan tingkatan paling tinggi
dalam ukhwah Islamiah.
Ukhwah dihulur ikhlas dihati..
Bersama mengharap redha Ilahi..
Persoalan, berapa ramai insan
yang sanggup mempraktikkan ithar dalam kehidupannya? Bagaimana seseorang itu
boleh melebihkan saudaranya dalam setiap urusannya. Tentulah kerana kasih dan
sayang yang dibina kerana Allah. Bila kita membina sesuatu ikatan yang murni
dengan ikhlas kerana Allah daripada itu akan lahir konsep ithar dalam diri.
Hadis sahih, daripada Anas bin
Malik, Rasulullah bersabda:
“Tidak sempurna iman seseorang
sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”
(Riwayat
Bukhari)
Jika kita menyelami sirah, konsep
ithar itu banyak didalam sirah seperti ukhwah Rasulullah s.a.w dengan sahabat ketika
permulaan Islam sehingga wafat baginda Rasulullah s.a.w. Sehingga diri ini pernah
menangis tatkala membawa kitab sirah milik abuya tersayang. Ukhwahnya terlalu
hebat sehingga sanggup berkorban walau darah menjadi taruhan.
Seandainya setiap ukhwah yang
dihulurkan diselami dengan ithar, ianya akan terkesan dihati dan akan diingati
hingga akhir hayat. Walaupon, jarak memisahkan antara dua insan. Namun, didalam
ia sentiasa hadir didalam doa sahabatnya.
______________________
Tintaku Srikandi: Ana teringat
kata-kata seorang sahabat yanga ana kenal sejak dari tingkatan 4 sehingga kini
ukhwah itu masih disemai. Walaupon, bibirnya jarang menyatakan “kasih enti
kerana Allah” berbandig dengan ana ^_^. Namun, dia seringkali melaksanakan ithar. Bibirnya
hanya mengeluarkan kata-kata yang baik, tatkala bersamanya pasti akan teringat
pada Allah dan Rasulullah. Cintanya pada Allah dan Rasul dibuktikan dengan amalannya.
Diantara amalan yang dilakukannya adalah konsep ithar. Terbaru insan ini sanggup
mengeluarkan duitnya untuk ke Kuala Lumpur bagi menyertai kem bersama ana. Disaat ana memerlukan pandangan,
dialah diantara insan yang dicari bagi mendapatkan pandangan. Hatta, nak ada
test.. insan ini meluangkan masanya untuk mendengar masalah dan membantu ana
menyelesaikan masalah.
![]() |
tambah spek mata utk sahabat bermata 4. ^_^V |
~sanah Helwah buat sahabatku,
yang memahami diri ini dan menghulurkan ukhwah ikhlas kerna Allah. Kasih enti
kerna Allah. Semoga bertambah usia bertambah amal kepada-NYA dan semakin subur
cinta enti pada ALLAH dan RASULULLAH. Kata-kata ini lahir dari hati sehingga
air mata teman dipipi. (ana kan mudah menangis).
kasih enti jua kerana Allah .. :')
ReplyDeleteinsyaAllah.. ukhwah until jannah.. :')
ReplyDelete