Tuesday 29 January 2013

Kritikan Filem ::SAHARA::


Bismillahirrahmanirrahim..

Ana baru terbaca post di wall seorang sahabat, “Erm banyak yg x kena dgn filem ne.agak2 lah kan kalau nak wat filem islamic pun...” Lalu diletakkan link sebuah filem SAHARA PROMO”

Ianya menarik minat ana untuk mengktitik. Melihat pada jalan ceritanya, persoalan pertama. Beginikah akhlak yang ingin di paparkan kepada masyarakat umum?

Kritikan demi kritikan ana timbulkan seiring persoalan bermain di benak fikiran.

Wanita yang berniqob, adakah murah imannya sehingga membenarkan dirinya disentuh oleh rijal??

Beginikah cara nisa’ dan rijal dalam berikhtilaht?? Seperti tiada batasan ikhtilat diantara lelaki dan wanita langsung??

Beginikah rijal nak khitbah nisa’?? tidakkah nisa’ itu merasa malu?? (sungguh ana yang menjadi malu)

Ada beberapa isu yang ingin ana ketengahkan dan ana yakin para pembaca sendiri pon mampu menilai.


Akhlak

Dalam menyimpulkan persoalan dan kritikan didalam filem ini. Akhirnya , ana simpulkan bahawa pemakaian tidak mencerminkan akhlak seseorang. Ketahuilah, Nisa’ yang baik tidak akan pernah membenarkan mana-mana rijal memegangnya hatta hanya memandangnya. Inikan pula membiarkan dirinya berada dalam keadaan berdua-duaan dengan rijal yang bukan halal buatnya.

Khitbah

Apa maksud khitbah? Khitbah atau dalam bahasa yang sering kita gunakan (meminang atau melamar) merupakan sesuatu permintaan seorang lelaki atau wakilnya kepada seorang wanita atau walinya untuk dijadikan permaisuri hati seumur hidup dengan cara tertentu yang berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini secara meluas. Dan hukum khitbah adalah sunnah, Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah berkhitbah terhadap isteri-isteri baginda, antaranya Saidatina ‘Aisyah bintu Abu Bakr dan Saidatina Hafsah bintu Umar R.A.

Bagi ana sendiri, tindakan seseorang dalam menyampaikan khitbahnya mencerminkan akhlak peribadinya. Bukan dengan feeling siap melutut, xpon berhadapan meluahkan dengan menggunakan ayat berbunga-bunga berbagai. Tidak perlu itu semua. Gunalah orang tengah, itu lebih cantik atau bertanyalah pada ahli zikr (yang lebih arif). Kerna, bagi nisa’ cukup menjaga ikhtilat, sudah tentu nisa’ itu merasakan malu seandainya dikhitbah secara terang-terang dari si rijal kepada nisa’. Ianya berbeza dengan dalam filem ini.

Hati-hati jaga mata, hati-hati jaga hati.

Hati-hati jaga mata, rijal yang baik akhlaknya tidak akan memandang nisa’ malah lebih memilih untuk menundukkan pandangan. Sukar dicari rijal sedemikian, namun ana yakin pada Allah.. Pasti ada rijal sedemikian.

Mata… Sememangnya, hukum melihat makhtubah (calon isteri) kita juga adalah harus. Namun, biarlah ada batasannya dan biarlah dengan caranya. Islam itu sudah cantik, maka ikutlah garis panduannya agar mendapat keredhaan dari-NYA. Pernah ada seorang sahabat bertanya, “depa tidak rasa malu ka duduk berdua, naik keta berdua?”

Lalu ana menjawab, “Apabila maksiat sering dilakukan, ianya akan dianggap perkara biasa dan Allah akan membuang darinya rasa malu.”

Hati-hati jaga hati. Permulaannya dari mata, seandainya mata tidak dijaga dengan baik.. Maka penyakit hati akan muncul dari itu akan terbit rasa cinta insan melebihi cinta Allah. Tatkala cinta manusia mengatasi cinta kepada pencipta, hablul minallah pasti tercicir dek kerana sibuk mengejar cinta manusia. Sedarlah, apabila kita mencintai Allah mengatasi cinta makhluknya, kita tidak akan pernah takut kehilangan cinta manusia. Walaupon kita tidak mendapat cinta daripada seorang nisa’, kita tidak akan merasa lemah kerana kita ada cinta lebih utama iaitu cinta Agung.

Janganlah takut sendainya nisa' meninggalkanmu...
Tapi takutlah seandainya Allah jauh darimu...

~CINTA AGUNG CINTA PERTAMAKU~

………………………………………………….

T/S : Kini, pelbagai judul kisah cinta ditayangkan kepada umum baik warkah cinta, ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih, tahajjud cinta dan sebagainya. Namun, bagi yang mendapatkan pendidikan agama yang sempurna haruslah menilai sesebuah penceritaan itu dengan ilmunya. Dan ana cadangkan setiap cerita yang berunsurkan Islamic perlulah merujuk penasihat syariah agar penceritaan dan masej yang dibawa memberi manfaat kepada masyarakat.

Cinta itu adalah fitrah, namun bercinta boleh mengundang fitnah.. Yakinlah dan peganglah pada janji-NYA didalam Surah an-Nur; ayat 26 yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."


6 comments:

  1. salam, betul tu... nampak sangat cerita ni tak kena secara terang-terangan... :D

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam wbt.. smoga smua muslimin n muslimat dapat menjaga ikhtilat.. insyaAllah.. Islam sudah cantik.. maka, duhai duta2 Islam.. bersama kita mencantikkan Islam dengan mengikuti syariatnya..

    ReplyDelete
  3. Rancangan cinta di drama,walaupun bercorak islamik,namun apabila yang halal digabungkan dengan haram tanpa dapat dipisahkan,tinggalkan rancangan2 tidak berfaedah ini.
    -hati2 jga mata,hati-

    ReplyDelete
  4. Mungkin sebab fikirkan keuntungan dunia semata2...Cinta itu fitrah, tidak dapat lari dari naluri perasaan manusia. Sebab itu balik2, semuanya pasal cinta, namun masih ramai yg ada ilmu tapi tidak memahami. Rasanya, itu sebabnya Ustaz A. Ubaidillah Alias hasilkan novel Warkah Cinta Berbau Syurga, bukan kerana nak tonjolkan cinta Islamik semata2 tapi nak suruh orang faham...Mungkin ada lah sesetengah babak dlm adaptasi cerita novel beliau yg nampak tak kena tapi yang tak kena tu sudah dijelaskan. :)

    ReplyDelete
  5. penulisan antara elemen penting dalam berdakwah bagi menukar pemikiran masyarakat pada hari ini.. smoga saudara hafizie terus thabat dalam berkarya..
    Abu umar, kadang2 kita perrlu melihat untuk kita menilai dan mmberi teguran kepada golongan terbabit.. jika semua insan hanya mmbutakan mata.. siapakah yg akn merubah pemikiran golongan seperti ini? Walalhua'llam..

    ReplyDelete
  6. Benar, namun boikot jugak satu jln dakwah, tidak semua perkara kita perlu turut utk brdakwah..sebagai cth menegur mat rempit, xperlu kita menjadi rempit dlu..ataupun perlu join ke club2 utk mndakwah org disana..
    tp dlm isu ini, prlulah dilihat bg mngetahui jika ia samar2 utk mmberikan kritikan ke atas mreka, kmudian ambilah lngkah mmboikot..
    Wallahua'lam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...