Friday 11 November 2011

Assalamualaikum wbt..

Maaf buat pembaca sekalian.. Terlalu sibuk dengan aktiviti semenjak bergelar mahasiswa. Sehingga tidak berkesempatan untuk menulis buat tatapan pembaca yang di Rahmati oleh Allah. Tatkala, saat perasaan rindu bertandang. Terus jari jemari ana menari di keybord bagi meluahkan apa yang dirasai, iaitu RINDU.  Sudah 3 minggu anak saudara mak njang hadir bagi dibumi Allah. Diberi nama Muhammad Adib. Ahlan wa sahlan buat anak saudara mak njang. Hadirmu menceriakan dan mewarnai bumi Allah ini. Oleh sebab terlalu rindu, mak njang balik kampung hampir setiap minggu.. Kata2 nie mak njang karang buatmu..

Duhai anak saudara yang dikasihi..
Semoga permulaan hidupmu ini dengan Iman..
Pertengahan hidupmu dengan Iman..
Dan akhir hidupmu jua dengan Iman..
Hidup suburkanlah dengan kemanisan iman..

Pesanan buatmu bakal mujahid..
Jadilah mujahid yang tidak takut pada dunia sementara..
Menegakkan yang hak..
Mencegah yang batil..
Moga dikau menjadi mujahid sejati…
Memakmurkan bumi Allah ini…

Anak saudara yang dirindui..
Ramai yang menyayangimu dan mengasihimu..
Namun, kasih dan sayang Allah melebihi segalanya..
Maka, dahulukanlah Allah dalam segala urusan mu..
Kerana kasih dan sayang yang hadir ini semuanya daripada-Nya…
Maka, syukurlah dengan nikmat itu..

Salam sayang dan rindu dari mak njang yang jauh dimata.. kasih dan sayang kerana Allah buatmu..

~Tentu ramai yang ingin mengetahui bagaimana pengalaman ana sejak bergelar mahasiswa.. Amat seronok.. disini ramai orang hebat2.. sangat hebat.. sehingga jika disoal, walau rujuk 19 buah buku rujukan masih belum mampu menjawab soalan yang ditanya.. L



Minggu pertama di sini, ana menangis ingin pulang ke rumah.. kerana suasananya yang berbeza. Sehingga jumpa doctor dan dimaklumkan demam kerana alahan pada cuaca. Jika dahulu, ana bersekolah di sekolah semuanya perempuan berbeza dengan suasana disini. Ada lelaki dan juga perempuan.  Memerlukan masa untuk sesuaikan diri, sehingga menjadi agak pasif jika dibandingkan semasa di sekolah dahulu.

Bagaimana dengan kawan2?
Alhamdulillah, syukur kerana Allah mempertemukan kawan2 yang baik disini. Yang sudi menemani ana mendengar ceramah agama, teman ke kuliah, teman ana ke klinik ketika sakit, teman ke surau, dan sebagainya.


Tintaku : Terima kasih buat family dan akak sayang, kak ngah kerana sudi hantar sampai ke Melaka semasa hari pendaftaran walaupon ada kerja pada hari itu. Terima kasih juga kerana bawa adik pusing Kuala Lumpur pada minggu adik demam dan tidak boleh blik kampung.. Syukran umi dan abuya, bwak makan durian ditepi jalan.. waktu itu, menitis air mata. Terima kasih semua..Sayang semua kerana Allah. 








3 comments:

  1. Comelnya Adib... maklang aina pun tingin nak jumpa adib. salam sayang rindu dr maklang aina. hehehehe. comel anak kaklang.

    wahhhh jangan lah nagis merantau di tempat org. biasanlah, klau nak menuntu o=ilmu. tabahkan hati. aku selalu ada dgn ang walaupun kita jauh antara satu sama lain. "Jauh di mata dekat di hati"

    Alhamdulillah, tiqah dpt kawan2 yg baik. Semoga atiqah bergembira dan aku mendoakan jgn lah atiqah diuji mcm aku dlm bab kawan.terima kasih segalanya. ILY

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak...lme x jmpe kat millat...tup2 tgk ade blog...akak smbung blaja kat mne??? comel adib ni...Insya Allah jd anak yg soleh...Aminn...semoga akak lebih tabah...kuatkan semangat...kita sama2 jd mahasiswa belajar kerana Allah...:)

    ReplyDelete
  3. Lavenderoses: amen.. moga xdiuji sebegitu rupa.. nnti dtglah jmpa ank saudra aina.. :) dah 2 org dah ank saudra.. tp, aina xkunjung tiba.. hihi..

    Nysa airy: dik, akak xsmpat nk bukak millat.. :'( akak sekarang bljr di UM.. bersamalah kita mnuntut ilmu demi ummah.. ummah amat mngharapkan kita.. ukhwah fillah abadan abada.. insyaAllah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...