Sunday, 27 November 2011

KERETA



Syukur

Ramai dikalangan insan yang mengetahui bahawa abi dan umi ana belikan kereta telah memberi statement demikian.

“bertuahnyaaaa.. ana sulung dlm family ker.”.
“untunglah die, ada orang sayang (abuya dan umi) bukan macam kita”
“abuya dan umi hampa belikan.. syoknya..”

Dan sebagainya. Namun, ana bersyukur kerana memiliki abuya dan umi yang amat memahami. Memahami dan mengetahui keperluan anaknya. Syukran jiddan ya waaladaiti, biarpun jauh dimata. Namun, abuya dan umi sentiasa mengambil tahu keperluan anakmu yang jika sebelum ini terpaksa menunggu bas dalam hujan, terpaksa kejar bas, kadang-kadang terpaksa berdiri tunggu bas lebih kurang 30 minit untuk ke fakulti bergantung kepada driver bas dan hari minggu terpaksa menggunakan teksi untuk ke kedai makan. Terima kasih banyak-banyak. Biar jauh dimata, namun, anakmu ini sentiasa merasai kehadiranmu disisi.  

Ana bertuah dan bersyukur kerana ana memiliki abuya dan umi sebagai ayah dan ibu. Sejak dari kecil, ana tidak pernah merasai kekurangan atau takut keseorangan. Kerana ana tahu, selain Allah.. ana punya umi dan abuya yang sentiasa bersama mendengar dan membantu ana dalam menangani masalah. Teman berkongsi hobi, teman berbual, teman bercerita, teman berkongsi kasih sayang, teman berhujah bab akidah mahupon agama dan segala yang umi dan abuya buat untuk ana membuatkan ana merasa sudah cukup segalanya.

Namun, disini ana merasai kehilangan. Apa yang membuatkan ana merasai kehilangan?

Jika dahulu, ana sakit. Ada yang mengambil tahu dan umi masakkan makanan yang sedap. Abuya akan bawa ana ke hospital.
Jika ana dirumah, abuya selalu memanggil untuk bercerita. Namun, disini semuanya sibuk dengan kertas kerja dan perbentangan. Membuatkan ana merasai kehilangan dan sunyi ketika berada di Universiti Malaya terutamanya pada hari tidak ada kuliah.
Jika dihujung minggu, abuya akan membawa ana untuk bermain permainan yang menjadi hobi ana. Abuya luang masa dan wang untuk bermain bersama anak-anaknya setiap minggu hari sabtu. Manakala, hari ahad akan bersama anak saudara.
Disini, setiap hari sabtu terpaksa keluar berjalan untuk menghilangkan rasa sunyi, itupon jika ada kekawan. Bila tidak ada apa-apa aktiviti atau berada dalam bilik pasti, rasa rindu menyapa dihati untuk pulang bersama keluarga dan anak saudara yang comel-comel lagi manja.

Terima kasih

Kembali kepada tajuk entri, ana pernah sekali meminta untuk membeli motosikal, namun abuya hanya senyum dan menukar topik bicara. Dalam hati, mungkin abuya tidak harap anaknya membawa kenderaan di tengah kota.

Suatu hari, ana mendapat panggilan dari umi untuk pulang ke kampung. Melalui umi, abuya bertanya sama ada ana suka atau tidak kerana abuya dan umi belikan kereta buat ana. Waktu itu, rasa suka, terkejut dan gembira sangat. Dalam diam abuya dan umi pergi carikan kereta dan belikan kereta. TERIMA KASIH ABUYA DAN UMI. Ana mengetahui ramai dikalangan sahabat pembaca yang dikasihi Allah mengetahui bahawa sebelum ini pon, ana sudah punya kereta kancil. Namun, ini lebih special kerana ini kereta pertama ana dan di bawah nama ana sendiri. Yang paling special, dibeli oleh abuya dan umi terSAYANG.


Dari Perlis sehingga ke KLIA.

Dalam perjalanan pulang ke Perlis, ana sempat meluah kata-kata dan doa buat kekasih Agung, kerana ketika itu, hati terasa syukur sangat.

“Terima kasih ya Rabb, terlalu banyak yang telah Engkau pinjamkan buatku. Terima kasih juga kerana Engkau mengurniakan ayah dan ibu yang terbaik buatku sehingga aku tidak merasa sedikitpon kekurangan kasih sayang dari mereka. Ya Rabb, kasihkanlah abuya dan umi seperti mana mereka mengasihiku. Dan hadirkanlah insan sebaik mereka dalam kehidupan mereka. Jadikanah aku sebagai anak yang terbaik buat mereka, sepertimana mereka menjadi ayah dan ibu yang terbaik buatku. ”

Ana sampai ke Perlis dalam pukul 4 pagi. Didepan rumah, ada ada dua buah kereta. Persis dari segi warnanya dan jenis yang sama, yang beza hanyalah no pendaftaran kenderaan sahaja. Satu, yang selalu ana gunakan untuk ke mana sahaja di Perlis. Yang kedua... special.. itulahhh... hadiah pemberian insan yang ana SAYANG (abuya dan umi). Abuya siap belikan GPS lagi. Dari Perlis abuya drive kereta ana. Manakala ana pula drive Kereta Waja abuya. Ketika itu, hati amat berbunga dan syukur sangat.

Sehingga di KLIA, ana tukar kereta. Ana drive kereta kancil ke Universiti Malaya. Dalam hati tiada rasa takut, yang ada hanya rasa suka.

Tintaku : Ana pernah membaca, sejauhmana insan lain mengasihi kita. Lebih lagi, kasih Allah kepada kita. Benar, Allah mengasihi ana.. dengan menghadirkan kepada ana abuya dan umi yang terbaik buat ana.Terima kasih kepada my soul(ABUYA) and my heart(UMI). Kasih abuya dan umi kerana Allah. Terima kasih kerana menjadi ayah dan ibu yang terbaik buat anakmu ini. Terima kasih kerana sentiasa bersama anakmu walau dimana jua.. Hatta, berjauhan. Terima kasih untuk segalanya.



3 comments:

  1. Assalamualaikum ya atiqah. wah, bertuahnya atiqah. aku tumpang gembira & bersyukur. aku harap, pemberian abuya dan umi tqah, akan memudahkan urusan atiqah di U. semoga atiqah berjaya dan bahagia tanpa sebarang masalah atau dugaan yg tak diduga. amin....

    tinta aina : dr jauh, izinkan aku mengintaimu utk melepaskan segala rindu yg menggunung. mgkin aku bukan seorg teman yg baik. hanya ini yg mampu aku salurkan... hehe...(apa yg aku merepek ni? jiwang la plak)

    ReplyDelete
  2. dah ade keta 2 jgn salah guna ye..
    p/s::ape tajuk lagu 2 ye? =)

    ReplyDelete
  3. Benarlah kata-kataNya,

    “..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari masalahnya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang dia tidak sangka. dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah itu baginya (untuk menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala urusanNya. Allah telahpun menentukan kadar bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Talaq: 2-3).

    Hadiah/pemberian datang dengan amanah dan tanggungjawab, hormati dan sayangilah kereta anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...