Wednesday, 27 July 2011

DOA.

Entri kali ini berkaitan doa. Ada sesetengah insan pernah bertanya, “Kenapa perlu berdoa? Andai Allah memang mengetahui kemahuan kita?” Ayuh sedarlah kita hanya hamba yang rendah darjatnya jika dibandingkan yang Esa. Maka, janganlah sombong pada-Nya. Mohonlah dan jangan lah pernah berputus asa. Kerana Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Mu'min ayat 60 yang tafsirannya:

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

Cuma bezanya lambat atau capat sahaja. Allah menguji kerana ingin melihat sejauh manakah kita bersabar dan mengingati-Nya. Sejauhmana kita memohon sesuatu. Andaikata, kita berputus asa dengan-Nya. Maka, kita dikalangan hamba yang amat rugi.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri berpesan supaya kita berdoa bersungguh-sungguh. Dengan berdoa itu merupakan pengakuan seseorang hamba terhadap kekuasaan Allah Subhanahu Wataala dan suatu tanda keyakinan bahawa tiada tempat meminta tolong melainkan kepada Allah Subhanahu Wataala.

Doa sebagai saudara seagama.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: “Aamin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga.” Abu ad-Darda’ r.a

Seorang lelaki yang lanjut usia dengan berkopiah melihat ana dari jauh yang ketika itu ana baru sahaja turun dari kenderaan. Apabila bersua dengan ana, lantas dia terlebih dahulu memberi salam. Detik hati, mungkin kawan abi atau umi. Lantas, salamnya ana sambut. Dia bertanya khabar, siapa ayah dan ibu dan dimana ana belajar. Setelah bersoal jawab, ternyata ana tidak mengenali insan dihadapan ana. Yang hebatnya, walaupon ana tidak mengenalinya. Pak cik ini berdoa kepada ana. “InsyaAllah, kejayaan pasti milik anak. Pak cik doakan anak berjaya dan janganlah lupa pada Allah. Teruskan seperti ini kerana sejuk mata yang memandang.”
Hebatnya, walaupon tidak mengenali ana. Pak cik mendoakan buat ana. Syukran pak cik, moga rahmat Allah sentiasa menaugi Pak cik dan pak cik juga memperoleh kejayaan didunia dan diakhirat. Aamin.

Doa seorang Umi/Ibu.

Ana juga pernah meminta umi ana mendoakan untuk ana. “Umi, doakan semoga Allah meletakkan cik ditempat yang terbaik na.. cik takut…”
Hebatnya doa ibu. Ana memang mengakuinya, kerana doa seorang ibu setanding doa nabi untuk umatnya, membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu hidayah sepanjang zaman.

Doa seorang sahabiah

“Sabarlah.Ana doakan moga ante Berjaya. Semoga Allah memakbulkannya. ” Syukur kerana mendapat sahabiah yang sentiasa mendoakan kebaikan buat ana. Syukran ya sodiqatie. Benarlah, bila kita mendoakan seseorang maka kita akan beroleh seperti itu juga. Allah memakbulkan doanya, dan memberikan tempat kepadanya atau dalam erti kata mudah, tugas yang sama seperti ana. Alhamdulillah.



Tintaku : Ayuh bersama kita memohon dan meminta pertolongan Allah. Ucapkan dan sujud syukurlah kepada Allah diatas nikmat pemberian-Nya. Terlalu banyak insan yang mendoakan kejayaanku.. Ana memohon maaf kerana tidak dapat menulis secara detail, namun ingin ana ucapkan terima kasih untuk segala doa yang dipanjatkan buat ana. Jangan pernah berputus asa dari memohon apa jua dari-Nya. Segala aturan Allah itu cantik dan tersusun rapi. Bila tiba masanya, doamu pasti dimakbulkan. Alhamdulillah, doaku telah dimakbulkan. Engkau mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu. Syukurillah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...