Sunday, 17 July 2011

Bersediakah daku memikul amanahmu sebagai Dai'e??

Doa,
Doaku semoga Allah meletakkan ku ditempat yang terbaik buatku..
Dan Allah telah memakbulkan doaku..
Allah memberiku amanah yang besar untukku laksanakan..
Berdakwah..

Berdakwah,
Ianya bukan benda yang mudah..
Mengajak manusia lain kepada kabaikan 'Amar ma'ruf nahi mungkar'..
Tak semua insan suka untuk ditegur..
Maka, sabarlah menjadi bayarannya...
Membangunkan ummah dalam satu bentuk usrah atau uniti..
Bagiku memang sukar tanpa pertolongan-MU..
Namun, untuk meruntuhkan ummah memang mudah...

Bersediakah daku memikul amanahmu menjadi seorang dai'e???
Namun, jika daku insan yang terpilih untuk memikul tanggungjawab sebesar ini..
Jawabku, daku menerima dengan redha dalam erti kata ikhlas sebenarnya..
Kerana daku mengetahui bahawa Engkau tahu apa yang terbaik buatku... 
Andaikata, jika ianya ditakdirkan bagiku untuk mendekatkan aku kepada-MU..
Aku memilih jalan untuk mendekati-Mu ya Rabb..

Betapa besarnya Cinta-Mu padaku ya Rabb..
Engkau ingin hamba-Mu ini sentiasa bersama-Mu..
Akan ku bersama-Mu Ya Rabbi..
Akan ku sambut dengan hati yang tenang..
Syukurillah diatas segala nikmat yang Engkau berikan buatku..
Kerana daku mengetahui..
Begitu besarnya cinta-Mu pada ku ya Rabb..
Aku terlalu mencintai-MU..
Ya Rabbi..

Tintaku: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Al-Baqarah 286).. Ya Allah, bantulah hamba2MU ini dlm membantu agamaMU.....Ameen! Ana titipkan kata2 ini juga buat sahabiahku Sufayyah.. yang mendapat anugerah dan tanggungjawab ini sama seperti ana.. Usuluddin (Dakwah dan pembangunan insan)..

2 comments:

  1. jgn la letak nama ana.. hihi.. segan la.. :D

    ReplyDelete
  2. ‎"Kalau tiada orang yg mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskanlah juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yg mengagungkan Tuhan."
    -Badiuzzaman Said Nursi-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...