Wednesday 6 July 2011

Sahabat / Sodiqatie



“Selemah-lemah manusia adalah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mansia-siakan sahabat yang dicari” Saidina Ali.

Berbicara tentang sahabat. Syukur kepada  Allah kerana mengurniakan kepada ana sahabat2 penyeri hidup yang membuatkan bumi Allah ini lebih makmur. Ukhwah yang dibina atas landasan iman dan Islam membuatkan ana rasa sayang pada ukhwah yang dibina ini. Dalam tempoh satu bulan, ana mengambil peluang untuk bertemu dengan sahabat2 ana. Seronok sangat apabila bertemu.

kenangan bersama: Wan, Tika, Aina dan Safi 
Ada yang meluahkan rasa, ada yang demam. Yang paling seronok, apabila dah jumpa, tak lama selepas itu, demam terus reda. Hebatnye Ukhwah yang dibina atas iman dan Islam ini sehinggakan mampu menghasilkan satu yang dahsyat. Ada yang meluahkan rasa, siap ana tumpang menangis, kerana ana turut merasa kesakitan diatas ujian yang Allah berikan kepada sahabat ana. Sabarlah sahabatku, Allah memberi ujian agar ante lebih menghargai insan yang bergelar “SAHABAT”.  Semoga ante akan bertemu sahabat yang baik. Selain itu, Ada juga yang plan nak pergi ke Jitra dan terpaksa dihantar balik. Ada yang dah berkerja dan siap beli motosikal baru menggunakan duit sendiri dan macam2 lagi kenangan yang diukir. 


Pertemuan dan perpisahan adalah fitrah, melalui perpisahan lah kita akan merasa kemanisan dalam perhubungan persahabatan. Ukhwah yang dibina ini tidak memerlukan bayaran atau masa yang dijadikan had tempoh yang perlu ditakuti.

Ingatlah!! tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi nokhtahnya kerana… SEORANG SAHABAT itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya..



Tintaku : Terima kasih buat sahabat2ku kerana menerima kekurangan diriku dan membina ukhwah ini dengan ikhlas atas nama IMAN dan ISLAM. Kenangan bersamamu di tingkatan 5 UK, akan ku semat dalam sudut hati ini dan kujaga dengan rapi. Ketahuilah, atiqah akan sentiasa bersama sahabat2 saat gembira mahupon duka. Tangan ini sentiasa menghulur disaat sahabat memerlukan sokongan untuk bangun. Hadis nabi : “Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud) Ingin ana katakan kepada sahabat2ku.. “Atiqah Sayangkan kamu semua kerana Allah. Ukhwah fillah Abadan abada 

3 comments:

  1. nak menangis aku baca entri ni. sungguh aku terasa diri dihargai. aku bersyukur jadi sahabat ang. akan aku kenang setiap jasa ang. terima kasih. dan aku juga sayang pada sume sahabat aku yg sentiasa sayang dan mghargai diri ni yg aku tahu, sememangnya aku serba kekurangan, terima kasih wahai sahabat seperjuangan... I LOVE U ALL!!!

    ReplyDelete
  2. Allah sentiasa bersama dalam ukhwah yang terbina atas dasar iman dan islam... syukran atas segalanya...

    ReplyDelete
  3. "kadang kala ALLAH jarakkan hubungan kita, kemudian Dia datangkan pula dugaan,,puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita,,rupa2 nya ALLAH nak hadiahkan kita RINDU yang berpanjangan.."

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...