Sunday 22 May 2011

Rumah Anak Yatim Al-Takwa

Berita tentang tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor di Rumah Anak Yatim Al-Takwa amat menyayat hati ramai pihak. Hari ini sahaja mencatatkan bilangan kematian sebanyak 16 orang. Paling memilukan apabila dikhabarkan bahawa penghuni ini tertimbus tanah runtuh hidup-hidup.


Berita tentang seorang budak yang berumur 14 menggali tanah untuk selamatkan kawannya amat memilukan. Ada pelajar-pelajar dari sini yang akan menyambung pelajaran untuk menjadi seorang doktor terkubur begitu sahaja bersama jasadnya.
Ibu bapa daripada Mohammad Kamarul Amiezan pula menceritakan bahawa anaknya memasuki Rumah Anak Yatim Al-Takwa bagi menuntut ilmu agama. Namun, dijemput oleh Allah.

22 Mei 2011, jenazah 7 orang penuntut Rumah Anak Yatim Al-Takwa dikebumikan dalam satu laiang lahad. Manakala, 9 orang terselamat dalam bencana alam tersebut. 6 orang telah mendapat rawatan di wad khas bencana dan 3 orang yang lainnya mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Tintaku: Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga mereka ditempatkan dikalangan para syuhada. Pelbagai saluran sumbangan boleh disalurkan bagi membantu meringankan beban waris mangsa. Bersamalah kita membantu dan memainkan peranan sebagai saudara seagama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...