Sunday 3 April 2011

Daun..

Assalamualaikum wbt...

Melihat langit yang membiru, bumi yang terbentang luas dan kicauan burung yang manghiburkan. Membuat diri terdiam sejenak, mengimbau kembali kenangan ketika bersama adik-adik.

"Cuba adik-adik lihat daun ni.. apa yang adik-adik nampak atau adik-adik rasa?"

"nampak bentuknya panjang."
"nampak cantik.. sebab warna hijau.. hehe.."
"nampak ada urat pada daun"

Pelbagai jawapan yang diberikan oleh adik-adik tatkala diajukan solan sebegini.
Dengan ini dapat ana simpulkan bahawa, remaja yang sedang meningkat dewasa gemar melihat sesuatu daripada aspek luaran. Mungkin sebab itu, soalan ini ditujukan dalam slot yang diberi tajuk 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'.

"Adik-adik, mari kita renung bersama. Sama ada sedar atau tidak... Sebenarnya daun memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia mahupun haiwan kerana daun berperanan mengeluarkan oksigen yang akan digunakan oleh kita."

Ada adik-adik yang mengangguk sebagai tanda setuju dan ada yang merenung untuk meminta diperjelaskan dengan lebih lanjut.

"Baik, sekarang..akak mahu kamu semua tutup hidung.."

"huh.. macam nak mampus.."
"akak..saya xleh bernafas lar.."

Macam-macam jawapan dan gelagat dapat dilihat.

Kemudian, pelbagai fakta dan penceritaan telah dikeluarkan bagi mereka mengenal bahawa Allah itu Maha Agung. Kebanyakkan adik-adik yang sedang meningkat dewasa lebih gemar mendengar sesuatu yang bersifat santai.

"Akak nak tanya pada adik-adik sama ada kita boleh hidup tanpa daun? Bolehkah kita mencipta daun?"

Adik-adik lantas mengguling kepala sebagai tanda tidak.

"Oleh itu, syukurlah... Katakan syukur dengan ucapan Alhamdulillah kepada Allah, kerana daun yang dipandang enteng sebanarnya memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita."

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w pernah bersabda.

"Dan tidaklah apa yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya(nikmat atau rezeki) dan hamba itu mengucapkan, segala puji bagi Allah- (syukur) melainkan apa yang diberikan itu lebih daripada apa yang diambil daripadanya."

Apabila segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya disyukuri dan di ucapkan Alhamdulillah, maka segala nikmat yang telah ditarik dan diambil kembali.

Justeru, sama-samalah kita mengucapkan syukur kepada Allah. Kerana banyak yang diberikan oleh Allah dengan "percuma" kepada hamba-hamba-Nya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...