Sekian lama tidak bertinta, hari ini Allah memberi peluang untuk ana bertinta di blog yang seringkali ditinggalkan kerana taklifan amanah dan perjalanan dakwah yang panjang lagi luas. Satu persatu program dakwah menyusul, sebagai da'ie, inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Tatkala penat menguasai diri, kata-kata mujahidah lantas menguatkan diri.
~Tiada Erti Penat Lelah Bagi Seorang Mujahidah Berjiwa Srikandi ~
Alhamdulillah, kerana mempunyai umi dan abuya yang mengasihi dan memahami seterusnya memberi sokongan kuat bagi perjalanan dakwah anaknya. Walaupon cuti di Perlis, namun.... perjalanan dakwah tetap diteruskan dan hampir setiap hujung minggu ada program. Ramai yang berkata,
"Cubalah kurangkan program-program, fokus study..."
"YB kita nie...Payahnya nak jumpa dibilik..."
Sejujurnya, begitu mudah lidah ini mengungkap janji untuk meninggalkan segala program dan taklifan amanah. Namun, untuk melaksanakannya terlalu berat untukku. Tatkala ada yang mengajak, diri ini tidak dapat menahan untuk turut turun padang bersama para mujahid/mujahidah dakwah.
Duhai sahabat,
Hatiku sudah terikat dengan perjalanan dakwah,
Hatiku merintih tatkala diminta untuk meninggalkan dakwah,
Mungkin senyuman terukir dibibir,
Namun, Allah sahaja dijadikan sandaran dalam luahan hati,
Ketahuilah sahabat,
Ketahuilah sahabat,
Sukar untuk ana meninggalkan dakwah,
Jiwa ini sudah sebati dengannya,
Jiwa ini sudah sebati dengannya,
harapanku hanyalah satu,
Bantulah ana dimedan dakwah,
Bantulah ana dimedan dakwah,
Berikan kata-kata taujihad buatku,
Kerna sesungguhnya dakwah kecintaanku..
![]() |
REAL '13 (29-31 Mac 2013) Orang Asli Air Bah, Lenggong Perak |
![]() |
Karnival Jom Ke Masjid (12-13 April 2013) Masjid As-Syakirin, Mata Ayer, Perlis |
![]() |
Target 50 peserta yang hadir 93 peserta. Subahanallah.. begitu ramai insan mendambakan Islam. |
COMMIT '13 (26-28 April 2013)
COMMIT (camp Of Muslim Intelligent Thinker 2013)
SMKA Bandar Penawar Kota Tinggi Johor
SMKA Bandar Penawar Kota Tinggi Johor
![]() |
COMMIT '13 -Kerana sahabat tersayang (Syida, Mujahidah Johor). |