Sunday, 17 July 2011

Bersediakah daku memikul amanahmu sebagai Dai'e??

Doa,
Doaku semoga Allah meletakkan ku ditempat yang terbaik buatku..
Dan Allah telah memakbulkan doaku..
Allah memberiku amanah yang besar untukku laksanakan..
Berdakwah..

Berdakwah,
Ianya bukan benda yang mudah..
Mengajak manusia lain kepada kabaikan 'Amar ma'ruf nahi mungkar'..
Tak semua insan suka untuk ditegur..
Maka, sabarlah menjadi bayarannya...
Membangunkan ummah dalam satu bentuk usrah atau uniti..
Bagiku memang sukar tanpa pertolongan-MU..
Namun, untuk meruntuhkan ummah memang mudah...

Bersediakah daku memikul amanahmu menjadi seorang dai'e???
Namun, jika daku insan yang terpilih untuk memikul tanggungjawab sebesar ini..
Jawabku, daku menerima dengan redha dalam erti kata ikhlas sebenarnya..
Kerana daku mengetahui bahawa Engkau tahu apa yang terbaik buatku... 
Andaikata, jika ianya ditakdirkan bagiku untuk mendekatkan aku kepada-MU..
Aku memilih jalan untuk mendekati-Mu ya Rabb..

Betapa besarnya Cinta-Mu padaku ya Rabb..
Engkau ingin hamba-Mu ini sentiasa bersama-Mu..
Akan ku bersama-Mu Ya Rabbi..
Akan ku sambut dengan hati yang tenang..
Syukurillah diatas segala nikmat yang Engkau berikan buatku..
Kerana daku mengetahui..
Begitu besarnya cinta-Mu pada ku ya Rabb..
Aku terlalu mencintai-MU..
Ya Rabbi..

Tintaku: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Al-Baqarah 286).. Ya Allah, bantulah hamba2MU ini dlm membantu agamaMU.....Ameen! Ana titipkan kata2 ini juga buat sahabiahku Sufayyah.. yang mendapat anugerah dan tanggungjawab ini sama seperti ana.. Usuluddin (Dakwah dan pembangunan insan)..

Thursday, 7 July 2011

Majlis Ilmu Masjid MATIN

Entri kali ini buat maklumat para pembaca yang berminat untuk mengikuti majlis ilmu.



Tintaku : Syukran jiddan buat insan yang berhati mulia yang telah memberikan maklumat program ini kepada ana melalui ummi ana. Semoga insan ini memperoleh ganjaran pahala kerana mengajak kepada kebaikan.. "Fastabaqul khairati.." ~syukran mak cik ton~

Wednesday, 6 July 2011

Sahabat / Sodiqatie



“Selemah-lemah manusia adalah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mansia-siakan sahabat yang dicari” Saidina Ali.

Berbicara tentang sahabat. Syukur kepada  Allah kerana mengurniakan kepada ana sahabat2 penyeri hidup yang membuatkan bumi Allah ini lebih makmur. Ukhwah yang dibina atas landasan iman dan Islam membuatkan ana rasa sayang pada ukhwah yang dibina ini. Dalam tempoh satu bulan, ana mengambil peluang untuk bertemu dengan sahabat2 ana. Seronok sangat apabila bertemu.

kenangan bersama: Wan, Tika, Aina dan Safi 
Ada yang meluahkan rasa, ada yang demam. Yang paling seronok, apabila dah jumpa, tak lama selepas itu, demam terus reda. Hebatnye Ukhwah yang dibina atas iman dan Islam ini sehinggakan mampu menghasilkan satu yang dahsyat. Ada yang meluahkan rasa, siap ana tumpang menangis, kerana ana turut merasa kesakitan diatas ujian yang Allah berikan kepada sahabat ana. Sabarlah sahabatku, Allah memberi ujian agar ante lebih menghargai insan yang bergelar “SAHABAT”.  Semoga ante akan bertemu sahabat yang baik. Selain itu, Ada juga yang plan nak pergi ke Jitra dan terpaksa dihantar balik. Ada yang dah berkerja dan siap beli motosikal baru menggunakan duit sendiri dan macam2 lagi kenangan yang diukir. 


Pertemuan dan perpisahan adalah fitrah, melalui perpisahan lah kita akan merasa kemanisan dalam perhubungan persahabatan. Ukhwah yang dibina ini tidak memerlukan bayaran atau masa yang dijadikan had tempoh yang perlu ditakuti.

Ingatlah!! tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi nokhtahnya kerana… SEORANG SAHABAT itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya..



Tintaku : Terima kasih buat sahabat2ku kerana menerima kekurangan diriku dan membina ukhwah ini dengan ikhlas atas nama IMAN dan ISLAM. Kenangan bersamamu di tingkatan 5 UK, akan ku semat dalam sudut hati ini dan kujaga dengan rapi. Ketahuilah, atiqah akan sentiasa bersama sahabat2 saat gembira mahupon duka. Tangan ini sentiasa menghulur disaat sahabat memerlukan sokongan untuk bangun. Hadis nabi : “Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud) Ingin ana katakan kepada sahabat2ku.. “Atiqah Sayangkan kamu semua kerana Allah”. Ukhwah fillah Abadan abada 

Monday, 20 June 2011

Abuya.

Entri kali ini ana tujukan buat insan yang ana gelar Abuya..

Pertama sekali ana masak..
Waktu itu ana baru di sekolah rendah.
Ana masak ayam masak kicap..
Ana kasi abi makan sebelum abi pergi ke masjid untuk solat jumaat..

Abi makan masakan ana..
kemudian.. ana bertanya sama abi..
"sedap dak cik masak?"
abi senyum.. dalam hati.. seronok sangat..
Bila abi sudah makan.. ana pon, cubalah rasa..
Ya Allah, masin sangat..
iya lah.. ayam dibubuh garam.. lepas itu, dimasukkan lagi dengan kicap..
mau tak masin.. leh darah tinggi klo makan tiap2 hari..

Bila dah besar..
Abi adalah tempat untuk meluahkan perasaan..
Kadang-kadang, walaupon diri ini ilmu tak seberapa..
namun, ana suka soal jawab dengan abi...
Biasalah, bila dah minat fiqh.. berbincang bab hukum memang menarik..
soalan yg selalu ana tanya adalah..

"Kenapa hadis nie tidak digunakan? bukankan hadis merupakan tempat ke 2 dalam pembahagian hukum??"
"Apa itu bid'ah??"

Dan macam-macam lagi soalan yang ana suka tanya. Termasuklah dalam membuat keputusan..
Abilah penasihatnya...

Abi sentiasa support pandangan ana..

Abi seorang yang berani bersuara..
Mungkin sebahagian sifat abi ini, di warisi oleh anak-anaknya.
Berani kerana benar..

Namun, dalam masa yang sama, abi suka meminta pandangan dari anak-anak abi..
Abi sentiasa meminta pandangan daripada anak-anak abi sama ada ianya berbentuk positif mahupon negetif..
mungkin sebab itu, anak-anak abi merasakan diri mereka dihargai dan tidak takut untuk bersuara..

Syukran Jiddan abuya.. and u are the best, my dad..

Tintaku : Buat abi tersayang atau ana panggil dengan panggilan Abuya (ayah). Abuyalah BFF(best friend forever). Terima kasih untuk segalanya. Cik pernah hantar mesej pada sahabat cik "Sekiranya Allah mengurniakan kepada ana seorang ayah yang baik, kenapa ana tidak boleh mencuba untuk menjadi anak yang baik jua.".Abuya, anak mu akan cuba sedaya upaya untuk menjadi anak yang baik.. Teruskan bersabar dalam membimbing anakmu ini dan terima kasih untuk segalanya..

Monday, 13 June 2011

Subahanallah...

“Cuti kali nie nak kemana lak?” soal sahabat ana.
“Sekarang nie pakat suka pi Kelantan. So, Kelantan adalah destinasinya.” jawabku.

“Subahanallah.” Itulah kalimah pertama yang dilafazkan oleh ana tatkala melihat keindahan Pantai Tok Bali, Kelantan.

 Pemandangan ketika di tepi pantai.
Kalimah itu dilafazkan bagi memuji ciptaan Allah yang menciptakan langit tanpa penyokong sebagai bumbung yang dihiasi dengan langit yang biru kemerah-merahan. Sesekali kedengaran bunyi ombak menghampas pantai. Damai rasa dalam hati. Musim cuti inilah waktu untuk mencuci mata sambil melihat keindahan alam ciptaan Allah. Seperti firman Allah :

“Dan ditundukkan kepada kamu apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang mahu berfikir”

Pemandangan dipagi hari yang dari chalet yang ana menginap bersama keluarga.
Maaf kerana tidak berani nak ke pantai seorang diri waktu pagi-pagi.

Di Pantai Tok Bali ini, anak saudara ana diajar mengapungkan diri. Hebat, tanpa perlu berenang kita mampu mengapungkan diri.. bak kata abi.. Releks.. nanti badan akan terapung 10%.

Fakta lain yang ana dapat.. Hebatnya, air laut kerana mampu mengapungkan badan manusia walaupon seberat mana pun. Bahkan sehingga muatan seberat 500,000 tan.
Allah berfirman ;
“Allah lah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintah-Nya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan juga supaya kamu bersyukur”
(Surah Al-Jatsiah : 12)

 Bersama anak-anak saudara ana. 
Mak njang belanja cendol bagi anak saudara yang tak tidor petang hari.

Tintaku : Syukur kepada Allah kerana Allah mengurniakan kepada ana keluarga yang bahagia. Kadang-kadang meluangkan masa bersama keluarga seperti bercuti merupakan detik paling menyeronokkan. Ketika inilah anak-anak akan mendekatkan diri mereka kepada ibu dan ayah.

Monday, 6 June 2011

Syariah Islamah: Al-Hakim dan Hukum.

AL HAKIM

Sesuatu itu datang daripadanya. Hakim mutlak adalah Allah
Sesuatu hukum itu dapat diketahui melalui rasul atau akal

Muktazilah dan Syiah Jaafariah
• Setiap perbuatan ada kebaikan dan keburukan. Dengan itu akal mampu nilai samada perkara itu baik atau buruk.
• Hukum Allah selari dengan fahaman akal. Apa yang akal pandang baik maka baiklah di sisi Allah
• Perkara akal tidak boleh fikir seperti Hikmat dan kelebihan sembahyang maka akan dinilai kepada arahan dan larangan dan penjelasan syarak.
• Dengan itu semua manusia dikira mukallaf walaupun tidak ada rasul. Sebab akal boleh nilai.

Abu Hassan As-Sya’ari
• Akal semata-mata tidak mampu fikir
• Perlu rasul untuk mengetahui hukum Allah.
• Manusia tidak boleh nilai baik atau buruk kecuali Allah
• Baik buruk dapat dinilai selepas suruhan atau larangan syarak
• Manusia tidak mukallaf sebelum utus rasul

Abu Mansur Al-Maturidi
• Baik buruk akal yang menilai berdasarkan kesan yang lahir selepasnya
• Perbuatan baik yang akal nilai itu diarah oleh syarak
• Bukan akal semata-mata
• Akal manusia waras pintar namun tetaplemah dan terbatas.
• Hukum Allah mesti dapat melalui rasul
• Belum ada Rasul maka tidak ditaklifkan.


2 ) HUKUM
Ialah sesuatu yang berasal daripada hakim yang menunjukkan maksudnya mengenai perbuatan mukallaf

2.1) PENGERTIAN HUKUM SYARAK

BAHASA
-Menetapkan sesuatu terhadap sesuatu
ISTILAH
Titah @ kitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf samada secara tuntutan atau pilihan atau secara wad’i.
BAHAGIAN
• A) tuntutan supaya dilakukan
• B) tuntutan supaya meninggalkan

Tuntutan supaya dilakukan
• -tuntutan supaya dilakukan dengan pasti iaitu wajib
• -tuntutan supaya dilakukan dengan tidak pasti iaitu sunat

Tuntutan supaya meninggalkan
• -tuntutan supaya meninggalkan dengan pasti iaitu haram
• -tuntutan supaya meninggalkan dengan tidak pasti iaitu makruh

PEMBAHAGIAN HUKUM
1. -Hukum taklifi
2. -Hukum wad’i

2.1.1 Hukum Taklifi
• Khitab Allah yang mengandungi tuntutan supaya melakukan sesuatu perbuatan atau tuntutan supaya meninggalkan atau diberi pilihan.
1.
Dikenali sebagai taklifi kerana didalamnya terkandung pembebanan terhadap mukallaf tetapi mengikut kemampuan seseorang Contohnya, menunaikan haji

BAHAGIAN HUKUM TAKLIFI MENURUT JUMHUR ULAMAK
1. Ijab
Khitab Allah yang meminta supaya melakukan segala perkara dengan tuntutan yang mesti.
contoh: Dalil Wajib Puasa
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ

1. Nadbu
Khitab Allah yang meminta supaya melakukan dengan tuntutan tidak pasti
contoh:dalil Menulis dalam berhutang.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ

1. Tahrim
Khitab Allah yang meminta meninggalkan sesuatu dengan tuntutan cara mesti
Contoh:dalil Melarang zina
وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

1. Karahah
Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan dengan tuntutan yang tidak pasti
contoh: dalil
لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ

5. Ibahah
1.
Khitab Allah yang membolehkan membuat pilihan melakukan @meninggalkan
Contoh:dalil
لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ

Daripada kelima-lima hukum taklifi ini , maka terbentuk pula kesan sampingan iaitu dikenali sebagai Ahkam al-Khamsah iaitu:
1. Wajib
2. Mandub
3. Haram
4. Makruh
5. Mubah

1. 1. Wajib
• Sesuatu perbuatan yang akan diberi pahala melakukannya dan berdosa apabila meninggalkannya.Contohnya berpuasa bulan ramadhan
• Pembahagian wajib:
Wajib dari sudut masa

1.Wajib Mutlak:
Tuntutan yang tidak ditetapkan waktu – Bayar kifarat
2.Wajib Muaqqat:
Tuntutan yang ditetapkan waktu – Sembahyang Fardu.

1. 1. Wajib Muwassa’:
Wajib terhad degan tempoh yang luas.seperti Sembahyang Subuh mulai terbit fajar sodik hingga terbit matahar, sedangkan kerjanya hanya beberapa minit sahaja.
1. 2. Wajib Mudayyaq :
Wajib terbatas dengan tempoh yang terhad. Seperti puasa mulai terbit fajar sodik hingga terbenam matahari.Tidak lebih dan tidak kurang.

• Wajib dari sudut kadar

1.Wajib Muhaddad:
Wajib yang ditentukan kadarnya mengikut cara ditetap syarak seperti sembahyang mesti cukup syarat dan rukunnya.
2.Wajib Ghair Muhaddad:
Wajib yang tidak ditentukan kadarnya oleh syarak
seperti memberi makan kepada orang kebuluran.

• Wajib dari sudut mukallaf

1.Fardu Ain:
Kewajipan yang diwajibkan kepada setiap individu yang mukallaf.seperti belajar al-Quran

2.Fardu Kifayah. :
Kewajipan yang diwajibkan kepada seluruh mukallaf di mana seandainya ada diantara mereka yang melaksanakan tanggung jawab tersebut maka terlepaslah mukallaf yang lain.
• Wajib dari sudut perkara

1. Wajib Mu’ayyan :
Sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh syarak supaya melaksanakan tanpa ada pilihan seperti Solat.
1.
1. Wajib Mukhayyar :
Sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh syarak supaya melaksanakan dengan ada pilihan memilih salah satu daripadanya seperti Kaffarah sumpah. Pilih samada beri makanan 10 miskin @ beri pakaian @ merdeka hamba.
فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ
• Wajib Mukhayyar yang harus laksana semua :
Seperti Kaffarah sumpah. Harus menunai ketiga-tiganya sekali walaupun kewajipan asalnya hanya memilih salah satu .
• Wajib Mukhayyar yang tidak harus laksana semua :
Seperti ketua negara yang meninggal mesti diganti seorang sahaja walau yang layak ramai.

1.
1. Wajib Murattab :
Sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh syarak supaya melaksanakan dengan tertib seperti Kaffarah Bersetubuh bulan Ramadhan ialah Merdeka hamba, jika tidak mampu puasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak mampu beri makan 60 miskin.
1. Mandub
• Sesuatu perbuatan yang akan diberi pahala melakukannya dan tidak berdosa apabila meninggalkannya.Contohnya-

Bahagian sunat:
Sunat Mu’akkad
Sunat yang selalu dikerjakan oleh nabi seperti Sembahyang Fardhu berjemaah.
1. Sunat Ghair Mu’akkad
Sunat yang tidak selalu dikerjakan oleh nabi hanya kadang-kadang sahaja seperti Puasa Isnin dan Khamis.
1. Sunat Zawa’id
Amalan sunat dengan mencontohi cara hidup Nabi seharian seperti Cara makan dan minum Nabi.
1. Haram
Perbuatan yang diberikan pahala apabila meninggalkan dan apabila melakukannya.
Bahagian haram:
1. Haram Lizatihi
Sesuatu perkara yang diharamkan semenjak semula jadi sebab ada kemudharatan dan kesan yang tidak baik. Seperti mencuri dan merompak adalah haram pada zat perbuatan itu sendiri bukan sebab lain.

1. Haram Lighairihi
Sesuatu perkara yang diharamkan kerana ada sebab lain seperti asal puasa itu wajib atau sunat tetapi haram puasa sebab hari raya.
1. Makruh
• Perbuatan yang akan diberi pahala jika meninggalkan dan tidak ada apa-apa dosa jika meninggalkannya. Makan petai sebelum hadiri majlis.

1. Mubah
• Perbuatan yang tidak diberikan pahala melakukannya dan tidak mendapat dosa jika meninggalkannya. Seperti makan roti,nasi dan ulam.


BAHAGIAN HUKUM TAKLIFI MENURUT ULAMAK HANAFI

1. Fardhu
Khitab Allah yang mengandungi tuntutan melaksanakan sesuatu dengan tuntutan pasti melalui dalil Qat’I seperti maksud al-Quran “ Difardhukan ke atas kamu berpuasa”.
1.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ

2. Ijab
Khitab Allah yang mengandungi tuntutan melaksanakan sesuatu dengan tuntutan yang tidak pasti melalui dalil Zanni seperti maksud al-Hadis Ahad “ Rasulullah memfardhukan kepada orang Islam segantang tamar atay sya’ir ”.
1.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ

3. Nadbu
Khitab Allah yang mengandungi tuntutan melaksanakan sesuatu perbuatan dengan cara yang tidak pasti seperti maksud al-Quran “ Apabila kamu berhutang maka hendaklah kamu menulis”.
4. Tahrim
Khitab Allah yang mengandungi tuntutan meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti melalui dalil Qat’i seperti maksud al-Quran “ Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut papa”.
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ
5. Karahah Tahrim
Khitab Allah yang mengandungi tuntutan meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti melalui dalil zanni seperti maksud al-Hadis “ Janganlah kamu menjual barangan di atas jualan orang lain”.
1. 6. Karahah Tanzih
• Khitab Allah yang mengandungi tuntutan meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang tidak pasti seperti al-Hadis Nabi menegah makan daging kuda dan minum susunya.
1. Ibahah
• Khitab Allah yang membolehkan membuat pilihan untuk melakukan @ meninggalkan seperti maksud al-Quran “ Makanlah dan minumlah…. “.
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

BAHAGIAN BERKAITAN HUKUM TAKLKIFI MENURUT ULAMAK HANAFI
• Hukum yang difardhukan
Perkara yang syarak minta melakukannya dengan tuntutan pasti melalui dalil Qat’I
seperti sembahyang fardu.
• Hukum wajib
Perkara yang syarak minta melakukannya dengan tuntutan pasti melalui dalil Zanni seperti al-Hadis Ahad minta baca fatihah dalam sembahyang.

• Hukum yang disunatkan
Perkara yang syarak minta melakukannya dengan tuntutan yang tidak pasti.

• Hukum haram
Perkara yang syarak minta meninggalkan dengan tuntutan pasti melalui dalil Qat’I

• Hukum makruh Tahrim
Perkara yang syarak minta meninggalkan dengan tuntutan pasti melalui dalil Zanni

• Hukum makruh Tanzih
Perkara yang syarak minta meninggalkan dengan tuntutan tidak pasti.

• Hukum yang diharuskan
Perkara yang syarak membolehkan buat pilihan untuk melakukannya atau meninggakannya.

Tintaku: Ana memohon maaf kerana sudah lama tidak menulis didalm blog ini dan terima kasih kepada sahabat ana dan adik ana yang sentiasa menyokong. Buat adik2 akak yang akan mengahadapi STPM tahun ini. Semoga sedikit ilmu ini dapat memberi manfaat buat adik2 yang sedang mengukir masa depan.

Sunday, 22 May 2011

Rumah Anak Yatim Al-Takwa

Berita tentang tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor di Rumah Anak Yatim Al-Takwa amat menyayat hati ramai pihak. Hari ini sahaja mencatatkan bilangan kematian sebanyak 16 orang. Paling memilukan apabila dikhabarkan bahawa penghuni ini tertimbus tanah runtuh hidup-hidup.


Berita tentang seorang budak yang berumur 14 menggali tanah untuk selamatkan kawannya amat memilukan. Ada pelajar-pelajar dari sini yang akan menyambung pelajaran untuk menjadi seorang doktor terkubur begitu sahaja bersama jasadnya.
Ibu bapa daripada Mohammad Kamarul Amiezan pula menceritakan bahawa anaknya memasuki Rumah Anak Yatim Al-Takwa bagi menuntut ilmu agama. Namun, dijemput oleh Allah.

22 Mei 2011, jenazah 7 orang penuntut Rumah Anak Yatim Al-Takwa dikebumikan dalam satu laiang lahad. Manakala, 9 orang terselamat dalam bencana alam tersebut. 6 orang telah mendapat rawatan di wad khas bencana dan 3 orang yang lainnya mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Tintaku: Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga mereka ditempatkan dikalangan para syuhada. Pelbagai saluran sumbangan boleh disalurkan bagi membantu meringankan beban waris mangsa. Bersamalah kita membantu dan memainkan peranan sebagai saudara seagama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...