Berita tentang tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor di Rumah Anak Yatim Al-Takwa amat menyayat hati ramai pihak. Hari ini sahaja mencatatkan bilangan kematian sebanyak 16 orang. Paling memilukan apabila dikhabarkan bahawa penghuni ini tertimbus tanah runtuh hidup-hidup.
Berita tentang seorang budak yang berumur 14 menggali tanah untuk selamatkan kawannya amat memilukan. Ada pelajar-pelajar dari sini yang akan menyambung pelajaran untuk menjadi seorang doktor terkubur begitu sahaja bersama jasadnya.
Ibu bapa daripada Mohammad Kamarul Amiezan pula menceritakan bahawa anaknya memasuki Rumah Anak Yatim Al-Takwa bagi menuntut ilmu agama. Namun, dijemput oleh Allah.
22 Mei 2011, jenazah 7 orang penuntut Rumah Anak Yatim Al-Takwa dikebumikan dalam satu laiang lahad. Manakala, 9 orang terselamat dalam bencana alam tersebut. 6 orang telah mendapat rawatan di wad khas bencana dan 3 orang yang lainnya mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU)
Tintaku: Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga mereka ditempatkan dikalangan para syuhada. Pelbagai saluran sumbangan boleh disalurkan bagi membantu meringankan beban waris mangsa. Bersamalah kita membantu dan memainkan peranan sebagai saudara seagama.
Sunday, 22 May 2011
Subjek Sejarah. Pentingkah?
Bila disebut sahaja perkataan SEJARAH, mungkin ramai yang akan mengeluh dan mula memikirkan persepsi-persepsi kurang enak. Bukan menjadi satu rahsia, subjek sejarah yang diajar di sekolah merupakan antara subjek yang paling kurang diminati oleh kebanyakan pelajar. Pelbagai alasan diberikan, yang tipikal adalah seperti susah, banyak yang perlu diingat, tidak minat, dan lain-lain alasan yang menghalalkan mereka untuk mengelak daripada mempelajari subjek ini. Yang paling tidak dapat diterima, ada yang sanggup mengungkapkan perkataan ini;
Mengapa perlu belajar sejarah? Perlu ke sejarah untuk bekerja, beli barang di kedai?
Percayakah anda? Langkah kerajaan melalui Kementerian Pelajaran yang mewajibkan subjek Sejarah menjadi salah satu mata pelajaran yang wajib lulus merupakan satu langkah yang bijak dan saya amat mengalu-alukan langkah ini. Memang benar, sejak isu ini dibangkitkan, ramai yang telah memberikan komen, kritikan yang menyokong malah ada yang membantah cadangan ini. Membebankan murid? Setakat ini hanya satu subjek yang diwajibkan lulus di peringkat SPM, iaitu Bahasa Melayu. Jika cadangan mewajibkan lulus subjek Sejarah, baru hanya dua. Nasib baik tidak disuruh wajib lulus Bahasa Inggeris, pasti ada yang melenting!
Subjek Sejarah Amat Membosankan!
Sejarah tidak membosankan jika kena pada caranya
Ini antara komen yang sering diberikan oleh kebanyakan pelajar apabila ditanya mengapa mereka kurang berminat dengan subjek Sejarah ini. Diperihalkan bahawa sejarah itu bosan, tidak menarik, terlalu keras dan berpaksikan buku teks yang hanya fokus pada fakta semata-mata. Benar, sejarah adalah satu subjek berteraskan fakta, dan adakah semua subjek yang berteraskan fakta itu membosankan? Subjek lain juga banyak yang berteraskan fakta, seperti Fizik, Kimia, Pendidikan Islam (sekadar menyebut beberapa nama), tetapi pelajar tidak pula membesar-besarkan isu subjek yang disebutkan tadi adalah membosankan. Dari sudut sifat, memang Fizik dan Sejarah itu amat berbeza sifatnya, tetapi mengapa dikatakan Sejarah itu membosankan? Saya secara peribadi berpendapat subjek Kimia lebih susah daripada Sejarah, walaupun secara umumnya kedua-duanya memang susah.
Apa yang saya perhatikan, salah satu faktor yang memungkinkan subjek Sejarah dikatakan bosan adalah cara penyampaian oleh guru yang mengajar. Mungkin ramai di antara kita yang pernah mendapat guru sejarah yang hanya mengajar berpandukan buku teks, menulis nota di papan hitam/putih ataupun yang ingin kerja senang sedikit, fotokopi nota-nota ringkasan tulisan tangan dan disuruh kepada pelajarnya tampal di buku nota dan baca. Semasa sesi pembelajaran, tipikalnya, guru akan membaca fakta-fakta ringkas, selalunya ayat-ayat dalam buku teks, dan pelajar disuruh membaca huraiannya di rumah. Interaksi antara pelajar memang ada, tetapi sesi soal jawab juga berdasarkan fakta dan hafalan, seperti perlunya mengingat tarikh-tarikh penting, nama-nama tokoh itu dan ini. Soalan-soalan peperiksaan dalaman (sekolah) juga hampir pasti berteraskan fakta dan kurang daya berfikir secara kritikal.
Bandingkan dengan mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam. Pelajar sering diminta untuk memberikan pendapatnya, berinteraksi secara langsung, dan berfikir mengapa itu terjadi, ini tidak boleh. Begitu juga mata pelajaran seperti Fizik, Kimia – tidak berteraskan fakta semata-mata tetapi turut melibatkan interaksi secara langsung antara pelajar dan guru itu sendiri. Pelajar menjadi seronok, teruja, ingin tahu, dan secara automatik ingin memberi pendapat (kesan daripada persoalan yang bermain dalam diri). Tidak hairanlah, kebanyakan pelajar berpendapat subjek sejarah membosankan. Saya tidak bermaksud semua guru bersikap sebegitu, ada guru yang begitu kreatif dalam mengajar subjek sejarah sehingga pelajarnya benar-benar berminat!
Berkenaan metodologi dan teknik pengajaran, saya bukanlah ahli yang dapat memberi pendapat dari sudut teknikal. Sudah banyak pakar membincangkan perkara ini, dan saya berharap Kementerian Pelajaran sudah merancang metodologi yang terbaik untuk para guru mempraktikkannya, dan sekaligus membenihkan minat pelajar terhadap subjek ini.
Sejarah Itu Perlu, Dan Memang Perlu!
Kembali kepada soalan pokok: mengapa kita perlu belajar sejarah? Atau dalam erti kata lain, mengapa kita perlu belajar DARI sejarah? Sejarah di sini bukan sahaja sejarah negara, tetapi juga sejarah-sejarah lain seperti sejarah keluarga, tempat, dan lain-lain perkara. Segala yang ada di sekeliling kita bermula dari sejarah, dan kita juga ada sejarah hidup bukan?
Sejarah itu penting, dan ada beberapa sebab mengapa kita perlu belajar dan memahami sejarah, iaitu;
PERTAMA: Sejarah membantu kita mengenali asal-usul sesuatu perkara. Ramai yang memandang remeh perkara ini, dan hanya berminat untuk mengetahui asal-usul keluarga semata-mata (itu pun tidak ramai!). Apa perlu kita tahu asal-usul? Adakah perlu kita tahu dari mana nasi yang kita makan ditanam? Satu kata-kata sinis, tetapi amat dangkal. Mengetahui dari mana dia, peristiwa atau sesuatu benda itu datang itu penting kerana ia memberi kita satu keyakinan kerana kita tahu mengapa, di mana dan siapa yang melakukannya. Kita tidak akan mudah percaya kepada kata-kata, hasutan orang lain jika kita tahu dan faham sebab-musabab (sejarah) sesuatu perkara itu. Contoh mudah, ketika kontroversi lagu Negaraku kita dahulu dikatakan lagu ciplak, maka ramailah rakyat Malaysia yang bulat-bulat percaya dan mula memberi komen yang negatif kepada negara sendiri, tanpa mengkaji terlebih dahulu. Ini memberi peluang kepada musuh-musuh luar untuk menggoyangkan keyakinan kita, dan seterusnya menggugat keselamatan negara dan diri kita. Tidakkah anda sedar?
KEDUA: Sejarah dapat mengelakkan diri kita kita daripada melakukan kesilapan, terutamanya kesilapan yang bodoh. Sudah tercatat dalam SEJARAH bahawa banyak kesilapan manusia berlaku kerana tidak mengambil iktibar daripada SEJARAH terdahulu. Saya bukanlah orang yang begitu suka dengan politik, tetapi melihat kepada perkembangan politik semasa negara kita Malaysia, tindakan-tindakan sesetengah pemimpin dan pihak bertanggungjawab, tidak kira yang memerintah atau yang membangkang, bercanggah dan ini berlaku kerana tidak faham dan tidak belajar daripada sejarah. Begitu juga diri kita, ada yang tidak mengambil iktibar dari sesuatu peristiwa yang telah berlaku, terutamanya peristiwa yang kurang enak dan menyayat hati. Maka berulang-ulanglah kesilapan-kesilapan yang serupa berlaku, dan yang menerima akibat, siapa lagi?
KETIGA: Sejarah membantu kita bertindak secara bijak dan berfikir secara kritikal dan kreatif. Saya ada ungkapkan di atas berkenaan adakah perlu subjek sejarah di sekolah semasa kita bekerja, bekeluarga dan melakukan aktiviti-aktiviti umum yang tidak bercorak akademik? Perlu diingatkan sejarah itu tidak terbatas kepada ruang lingkup ketika peristiwa yang disebutkan itu berlaku, sejarah adalah rantaian peristiwa yang berterusan dan berkembang. Maka adalah salah untuk kita katakan sejarah itu bersifat statik. Peristiwa pemisahan Singapura dari Malaysia umpamanya, apakah intipati yang kita dapat pelajari daripadanya? Salah satunya adalah kadang-kala kawan kita boleh menjadi lawan kerana kepentingan diri! Moralnya? Semangat setiakawan dan berpasukan, toleransi dan persefahaman perlu ada untuk mengelakkan perpecahan dan saling bermusuhan. Amalan ini boleh dipraktikkan semasa di tempat kerja bukan? Anda tahu jalan itu mempunyai sejarah kemalangan akibat kecuaian manusia. Tindakan anda? Pandu laju?
Banyak lagi sebenarnya kepentingan mempelajari dan memahami sejarah itu sendiri. Saya hanya utarakan tiga sebab utama untuk mengajak anda sama-sama berfikir sejenak, dan sudah pasti, anda dapat mencari sebab-sebab yang lain bukan?
Tintaku: Segala maklumat diambil dari http://audifaliq.wordpress.com.Setiap insan mempunyai sejarah kehidupannya yang tersendiri. Oleh itu, jadikanlah sejarah sebagai ikhtibar dalam hidup dalam menempuhi hidup yang penuh pancaroba ini dan berusaha untuk tidak mengulanginya kembali.

Saturday, 7 May 2011
My Hearts
Setiap insan, pasti ada seorang yang amat disayangi oleh mereka. Insan yang telah banyak berkorban dan sanggup bersengkang mata siang mahupon malam demi mendapatkan yang terbaik buat anak yang disayanginya. Walaupon panggilannye berbeza, ada yang memanggilnya ibu, ummi, bonda, mama dan sebagainye. Namun pengertiannya adalah sama. Insan yang mengandungkan kita dan melahirkan kita. Malah, mencurahkan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya buat kita.
Ana memangil insan ini dengan panggilan ummi. Ummi adalah insan yang amat ana kagumi. Insan yang banyak berkorban untuk ana. Insan yang menjadi peneman bicara. Malah, ummi juga akan menjadi guru, penasihat, sahabat , malah.. kadang-kadang ummi akan menjadi perunding imej.
She is perfect women. Insan yang cukup sempurna dimata ana.
Suatu hari, kawan ana ada mengajak ana untuk berjumpa dan keluar bersama.
“Sebentar yer.. nak kena tanya my heart dulu. hihi”
Bagi yang mengenali ana mereka akan tersenyum. Namun, bagi yang tidak mengenali ana dengan lebih dekat akan beranggapan negetif. Macam-macam tanggapan negetif akan bermain diminda mereka, sehinggakan boleh menimbulkan fitnah. Tanpa mereka mengetahui bahawa fitnah itu amat dibenci oleh Allah. Bahaya tu!
Ketika didalam kelas, seorang sahabat pernah berkata pada ana.
“Kalau Tika kata jangan terasa na.. Aku rasa, hang memang tak leh hidup tanpa ummi hang kan. Aku tengok hang sayang sangat kat ummi hang..”
Kata-kata daripada sahabat ana, buat ana terdiam sejenak, sambil memikirkan apa yang diperkatakannya. Dalam diam, ana memang mengakui apa yang diperkata oleh sahabat ana. Apabila persoalan itu dibangkitkan baru ana sedar betapa ummi insan yag amat penting dalam hidup ana. Sehinggakan ana mengambil anasiatif dengan berdoa kerana itu sahaja yang mampu dilakukan oleh ana sebagai insan yang lemah.
“Ya Allah, biarlah aku mencintai dan mengasihi-Mu lebih daripada yang lain. Kerana aku takut, andaikata aku mencintai dan menyayangi yang lain.. lebih daripada aku mencintai-Mu dan menyayangi-Mu.. Aku takut akan menjalahkan-Mu tatkala Engkau menjemputnya. Dan aku juga takut, andai aku akan lebih jauh dari-Mu.. Ya RABB.. “
Buat ummi yang dikasihi,
Anakmu sentiasa menyayangi. Walau dimana jua.. Ummi tetap dihati, dan tiada penganti..
“Cik sayang ummi...sayang sangat2..”
Tintaku: Sempena Hari Ibu, ana ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat bonda yang tersayang, tiada siapa dapat mengantikan tempat umi dihati anakmu ini. Umi adalah insan paling istimewa dan tiada penganti. Semoga umi berbahagia dan sentiasa mendapat Rahmat daripada-Nya. Teruskan bersabar dalam mendidik anakmu yang masih bertatih dalam mengenal dunia.

Tuesday, 5 April 2011
Nota Qawaid Fiqhiyyah STPM
Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan - اليقين لا يزال بالشك
Bermaksud: Sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku ataupun tidak, maka keraguan yang datang selepasnya tidak diambil kira.
(Seseorang yang telah meyakini sesuatu perkara yang telah ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian berlaku syak atau keraguan maka keyakian yang asal itu dipakai dan keraguan yang datang selepas itu tidak diambilkira.)
Pecahan Kaedah
1.Kekal sesuatu itu mengikut apa yang sebelumnya atau asalnya.
- Seseorang yang yakin berwuduk dan selepas itu datang syak samada berhadas atau tidak maka ia dikira masih suci.
- Berbuka puasa tanpa berijtihad, lalu syak samada matahari terbenam atau belum, maka batal puasanya kerana asalnya matahari itu belum tenggelam.
2. Asal sesuatu itu tidak ada.
- Menggunakan harta orang lain yang dikatakan telah diizinkan kepadanya, tetapi tuan punya barang menafikan dakwaan itu.Maka pengakuan pemilik barang yang diterima kerana asal harta itu tidak diizinkan.
- Seseorang mendakwa ia tidak melakukan persetubuhan, maka pendakwaan itu diterima kerana asalnya tidak ada hubungan seks.
3. Asal seseorang itu bebas dari tanggung jawab.
- Barang yang rosak dalam penjagaan penyimpan minta diganti oleh tuan punyanya,lalu penyimpan menafikannya. Penafian tersebut diterima kerana pada asalnya penyimpan itu bebas dari tanggung jawab.
4. Asal sesuatu perkataan itu dikira maksudnya yang hakiki.
- Seseorang mewakafkan hartanya kepada anak (walad) maka cucunya tidak boleh menerima harta tersebut kerana maksud perkataan sebenar ialah anak(walad). Maka tidak termasuk cucu (Walad al_Walad)
- Sesorang bersumpah tidak akan membeli selepas itu dia mewakilkan kepada orang lain untuk membeli, maka tidak dikenakan kaffarah.
5. Syak adakah telah dilakukan atau belum maka dikira belum melakukan.
- Syak adakah ia melakukan atau belum sesuatu rukun sewaktu solat, maka hendaklah mengulanginya semula sebab dikira belum melakukannya.
- Syak bewuduk atau belum maka hendaklah berwuduk semula.
6. Asal sesuatu yang berlaku dikira masa yang paling hampir.
- Sembahyang dengan berwuduk dari sebuah perigi selama beberapa hari, hari berikutnya didapati ada bangkai maka tidak wajib mengganti solatnya kecuali solat yang diyakini dari wuduk dari air yang bernajis.
- Melihat ada mani pada kain sedangkan ia tidak ingat bilakah ia bermimpi,maka wajiblah ia mandi dan mengganti solat selepas tidurnya yang terakhir.
7.Asal sesuatu itu dikira harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya.
- Binatang yang tidak jelas tentang haramnya,maka hukumnya halal dimakan.
- Buah-buahan yang tidak jelas haramnya, halal dimakan.
8. Asalnya kemaluan perempuan itu adalah haram.
- Berkahwin dengan perempuan yang tidak yakin samada mahramnya atau ajnabi maka hukumnya adalah haram kerana berdasarkan pengharaman asalnya.
Kesukaran itu membawa kemudahan المشقة التيسيرتجلب-
Kaedah ini bermaksud sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam melaksanakan perintah allah itu maka perintah itu diringankan.
Berdasarkan Dalil :-
يريد الله بكم اليسر ول يريد بكم العسر
)(Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.)
- Islam membawa konsep kemudahan dan keringanan.
- Tuntutan Taklif tidak dikira Musyaqqah kerana mengikut adat tidak menjadi bebanan malah satu keperluan.
- Tidak semua perkara diberi rukshah hanya perkara tertentu sahaja.
- Sekiranya semua perkara diberi rukshah sedah tentu hidup tidak akan sempurna
Sebab-Sebab Rukshah
- Musafir. Boleh qasar @ Jama’ solat.
- Sakit. Boleh bertayammum atau meninggalkan puasa.
- Terpaksa. Kelaparan yang boleh mengancam nyawa diharuskan memakan perkara yang diharamkan.
- Terlupa. Makan kerana terlupa pada bulan puasa dimaafkan.
- Kejahilan. Kejahilan dimaafkan.
- Umum al-Balwa. (Tidak dapat Dielakkan) Air jalan raya yang terpercik pada kain pada hari hujan dimaafkan.
- Kekurangan. Kanak-kanak dan permpuan tidak wajib jumaat atas dasar kekurangan sifat-sifat tertentu.
Pecahan Kaedah
- Kesulitan harus dihapuskan menurut syarak.
- Mencari arah Kiblat tidak perlu Yakin tetapi cukup dengan Zhan.
- Apabila sesuatu urusan itu sempit maka lapangkanlah.
- Saksi wanita boleh diterima apabila lelaki tidak mengetahuinya seperti melihat kecacatan pada wanita.
Adat dijadikan sebagai hakimالعادة محكمة -
Bermaksud adat dijadikan sebagai hakim dalam menentukan sesuatu hukum. Berdasarkan hadis:
ما راه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن ,و ما راه المسلمون قبيحا فهو عند الله قبيح
(Apa yang dinilai oleh orang muslim itu baik maka ia adalah baik disisi Allah dan Apa yang dinilai oleh orang muslim itu buruk maka ia adalah buruk disisi Allah.)
Adat
- Bahasa ialah Perkara yang menjadi biasa pada orang ramai atau masyarakat.
- Istilah ialah Perkataan atau perbuatan yang diulang-ulang tanpa ada kaitan disegi akal.
- Uruf perkataan seperti MAKANAN digelarkan kepada benda-benda yang boleh dimakan.
- Uruf perbuatan ialah perkara yang sering dilakukan oleh orang ramai seperti Mas Kahwin dibayar kepada perempuan sebelum disetubuhi atau mata wang di Malaysia digunakan RM atau ringgit.
- Uruf Am ialah perkara yang dikenali di seluruh negara Islam seperti perkataan Nazar wajib ditunaikan sekiranya yang dinazar itu harus atau sunat.
- Uruf Khas ialah perkara yang dikenali di sebahagian negara Islam sahaja seperti di Malaysia menanggal kasut sewaktu masuk rumah.
Kehujahan
- Syarak memandang uruf dan adat sebagai dalil untuk membentuk perundangan Islam. Atau menjadikan adat itu segai hakim dalam pembentukan undang-undang.
Sunday, 3 April 2011
Daun..
Assalamualaikum wbt...
Melihat langit yang membiru, bumi yang terbentang luas dan kicauan burung yang manghiburkan. Membuat diri terdiam sejenak, mengimbau kembali kenangan ketika bersama adik-adik.
"Cuba adik-adik lihat daun ni.. apa yang adik-adik nampak atau adik-adik rasa?"
"nampak bentuknya panjang."
"nampak cantik.. sebab warna hijau.. hehe.."
"nampak ada urat pada daun"
Pelbagai jawapan yang diberikan oleh adik-adik tatkala diajukan solan sebegini.
Dengan ini dapat ana simpulkan bahawa, remaja yang sedang meningkat dewasa gemar melihat sesuatu daripada aspek luaran. Mungkin sebab itu, soalan ini ditujukan dalam slot yang diberi tajuk 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'.
"Adik-adik, mari kita renung bersama. Sama ada sedar atau tidak... Sebenarnya daun memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia mahupun haiwan kerana daun berperanan mengeluarkan oksigen yang akan digunakan oleh kita."
Ada adik-adik yang mengangguk sebagai tanda setuju dan ada yang merenung untuk meminta diperjelaskan dengan lebih lanjut.
"Baik, sekarang..akak mahu kamu semua tutup hidung.."
"huh.. macam nak mampus.."
"akak..saya xleh bernafas lar.."
Macam-macam jawapan dan gelagat dapat dilihat.
Kemudian, pelbagai fakta dan penceritaan telah dikeluarkan bagi mereka mengenal bahawa Allah itu Maha Agung. Kebanyakkan adik-adik yang sedang meningkat dewasa lebih gemar mendengar sesuatu yang bersifat santai.
"Akak nak tanya pada adik-adik sama ada kita boleh hidup tanpa daun? Bolehkah kita mencipta daun?"
Adik-adik lantas mengguling kepala sebagai tanda tidak.
"Oleh itu, syukurlah... Katakan syukur dengan ucapan Alhamdulillah kepada Allah, kerana daun yang dipandang enteng sebanarnya memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita."
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w pernah bersabda.
"Dan tidaklah apa yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya(nikmat atau rezeki) dan hamba itu mengucapkan, segala puji bagi Allah- (syukur) melainkan apa yang diberikan itu lebih daripada apa yang diambil daripadanya."
Apabila segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya disyukuri dan di ucapkan Alhamdulillah, maka segala nikmat yang telah ditarik dan diambil kembali.
Justeru, sama-samalah kita mengucapkan syukur kepada Allah. Kerana banyak yang diberikan oleh Allah dengan "percuma" kepada hamba-hamba-Nya.

Subscribe to:
Posts (Atom)