Friday, 19 August 2011

Ama Zilna- Benammi


Ama Zilna (Adakah kita masih?)
oleh :Benammi dari Marocco




نقبل بقلوبنا على الله
لا خوف ولا حزن لمن هداه
حبله متين لا يندثر
رزقه دائمٌ لمن يفتقر

Menghampiri Allah dengan hati kita

Tiada ketakutan mahupun kesedihan yang Dia memberi petunjuk

Tali yang kukuh dan tidak akan teragak-agak

RezekiNya di sana untuk semua yang memerlukan

في كل مكان
وكل زمان
فوقكَ ربٌ عظيم يرعاك
في أي مكان
في أي زمان
لك رب يحبك لن ينساك

Di setiap tempat, 
pada setiap masa

Di atas kamu adalah Tuhan yang terang-benderang memeliharamu

Di setiap tempat, 
pada setiap masa

Anda mempunyai Tuhan yang mencintai kamu dan tidak akan melupakan anda


أما زلنا ... أما زلنا .. نخشاه
اما زلنا نحمده
أم نسينا أنّا عباده


Adakah kita mengetahui Tuhan kita?

Adakah kita melihat rahmat Tuhan kami?

Adakah kita mengetahui Tuhan kita?

Adakah kita bersyukur kepadaNya ... atau kita lupa ..

لا إله إلا الله .. لا إله إلا الله


لا إله إلا الله .. لا إله إلا الل

Tiada tuhan melainkan Allah.

نعيش في ملكه ما يشاء
نغوص في جوده بالدعاء
نطمع في افضاله بالرجاء
ملاذنا اذا اشتد البلاء

 Kita wujud dibawah kekuasaan-Nya selagi Dia kehendaki

Kita menikmati kemurahan daripada-Nya dengan berdoa
Dan kita berhajat kebaikan daripa-Nya dengan penuh pengharapan,
Tempat kita berlindung tatkala ujian dirasakan begitu berat.


CHORUS

قلبي لله
hatiku untuk Allah..

روحي لله
seluruh nyawaku untuk Allah..  

امالي لله
cita2ku untuk Allah..

كلّي لله
segalanya hanya kerana Allah 


Tintaku : Lagu ini khas buat semua pembaca dalam blog ana. Akhir tintaku, ana ingin menyatakan impian penyanyi ini adalah "Untuk membuat lagu-lagu Islam yang sangat baik untukberkomunikasi lebih baik dengan Barat dan Dunia Islam sebagai
Saya telah mula mengarang lagu sejak umur 12 tahun. Impian saya adalah untuk membuat lagu-lagu Islam yang sangat baikuntuk berkomunikasi lebih baik dengan Barat dan Dunia Islam sebagai. Melalui lagu-lagu saya, saya bertujuan untukberbincang dan bercakap mengenai isu-isu seperti agama danlain-lain topik yang berbeza, tetapi sudah tentu di bawah Payung Islam yang besar."

Thursday, 18 August 2011

Katakan TAK pada GHIBAH!

Meskipon, Ramadhan sudah bertandang. Namun, budaya GHIBAH masih tidak dapat dibendung dikalangan masyarakat kita hari ini. Ana yakin, ramai dikalangan kita pernah kena GHIBAH ataupon, diri sendiri suka GHIBAH.. Nauzubillah..

Apa itu GHIBAh? Apa hukumnya?

Hukum : haram

Baik ana bawakan hadis nabi berkaitan dengan GHIBAh.. Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah SAW berikut ini:

“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.”
 Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?”
Rasulullah SAW menjawab, “Kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, berarti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).”
(HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).



Ghibah hanya dibenarkan untuk beberapa situasi:

1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim bagi menuntut haknya.

2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran
dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti'anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak.

3. Istifta' (meminta fatwa)
akan sesuatu hal. Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan contohnya: Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid'ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasehati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid'ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan

6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti. Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut.

Tintaku: Kadang-kadang kita leka dengan duniawi. Elakkan berkawan dan cuba untuk berjauhan dari insan yang suka melakukan GHIBAH.. InsyaAllah, nasihat ini buat diri ana jua. Ana akhiri dengan ayat Al-Quraan : “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)


p/s : Ghibah nie seperti memakan daging saudara sendiri.

Wednesday, 27 July 2011

DOA.

Entri kali ini berkaitan doa. Ada sesetengah insan pernah bertanya, “Kenapa perlu berdoa? Andai Allah memang mengetahui kemahuan kita?” Ayuh sedarlah kita hanya hamba yang rendah darjatnya jika dibandingkan yang Esa. Maka, janganlah sombong pada-Nya. Mohonlah dan jangan lah pernah berputus asa. Kerana Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Mu'min ayat 60 yang tafsirannya:

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

Cuma bezanya lambat atau capat sahaja. Allah menguji kerana ingin melihat sejauh manakah kita bersabar dan mengingati-Nya. Sejauhmana kita memohon sesuatu. Andaikata, kita berputus asa dengan-Nya. Maka, kita dikalangan hamba yang amat rugi.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri berpesan supaya kita berdoa bersungguh-sungguh. Dengan berdoa itu merupakan pengakuan seseorang hamba terhadap kekuasaan Allah Subhanahu Wataala dan suatu tanda keyakinan bahawa tiada tempat meminta tolong melainkan kepada Allah Subhanahu Wataala.

Doa sebagai saudara seagama.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: “Aamin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga.” Abu ad-Darda’ r.a

Seorang lelaki yang lanjut usia dengan berkopiah melihat ana dari jauh yang ketika itu ana baru sahaja turun dari kenderaan. Apabila bersua dengan ana, lantas dia terlebih dahulu memberi salam. Detik hati, mungkin kawan abi atau umi. Lantas, salamnya ana sambut. Dia bertanya khabar, siapa ayah dan ibu dan dimana ana belajar. Setelah bersoal jawab, ternyata ana tidak mengenali insan dihadapan ana. Yang hebatnya, walaupon ana tidak mengenalinya. Pak cik ini berdoa kepada ana. “InsyaAllah, kejayaan pasti milik anak. Pak cik doakan anak berjaya dan janganlah lupa pada Allah. Teruskan seperti ini kerana sejuk mata yang memandang.”
Hebatnya, walaupon tidak mengenali ana. Pak cik mendoakan buat ana. Syukran pak cik, moga rahmat Allah sentiasa menaugi Pak cik dan pak cik juga memperoleh kejayaan didunia dan diakhirat. Aamin.

Doa seorang Umi/Ibu.

Ana juga pernah meminta umi ana mendoakan untuk ana. “Umi, doakan semoga Allah meletakkan cik ditempat yang terbaik na.. cik takut…”
Hebatnya doa ibu. Ana memang mengakuinya, kerana doa seorang ibu setanding doa nabi untuk umatnya, membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu hidayah sepanjang zaman.

Doa seorang sahabiah

“Sabarlah.Ana doakan moga ante Berjaya. Semoga Allah memakbulkannya. ” Syukur kerana mendapat sahabiah yang sentiasa mendoakan kebaikan buat ana. Syukran ya sodiqatie. Benarlah, bila kita mendoakan seseorang maka kita akan beroleh seperti itu juga. Allah memakbulkan doanya, dan memberikan tempat kepadanya atau dalam erti kata mudah, tugas yang sama seperti ana. Alhamdulillah.



Tintaku : Ayuh bersama kita memohon dan meminta pertolongan Allah. Ucapkan dan sujud syukurlah kepada Allah diatas nikmat pemberian-Nya. Terlalu banyak insan yang mendoakan kejayaanku.. Ana memohon maaf kerana tidak dapat menulis secara detail, namun ingin ana ucapkan terima kasih untuk segala doa yang dipanjatkan buat ana. Jangan pernah berputus asa dari memohon apa jua dari-Nya. Segala aturan Allah itu cantik dan tersusun rapi. Bila tiba masanya, doamu pasti dimakbulkan. Alhamdulillah, doaku telah dimakbulkan. Engkau mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu. Syukurillah...

Sunday, 17 July 2011

Bersediakah daku memikul amanahmu sebagai Dai'e??

Doa,
Doaku semoga Allah meletakkan ku ditempat yang terbaik buatku..
Dan Allah telah memakbulkan doaku..
Allah memberiku amanah yang besar untukku laksanakan..
Berdakwah..

Berdakwah,
Ianya bukan benda yang mudah..
Mengajak manusia lain kepada kabaikan 'Amar ma'ruf nahi mungkar'..
Tak semua insan suka untuk ditegur..
Maka, sabarlah menjadi bayarannya...
Membangunkan ummah dalam satu bentuk usrah atau uniti..
Bagiku memang sukar tanpa pertolongan-MU..
Namun, untuk meruntuhkan ummah memang mudah...

Bersediakah daku memikul amanahmu menjadi seorang dai'e???
Namun, jika daku insan yang terpilih untuk memikul tanggungjawab sebesar ini..
Jawabku, daku menerima dengan redha dalam erti kata ikhlas sebenarnya..
Kerana daku mengetahui bahawa Engkau tahu apa yang terbaik buatku... 
Andaikata, jika ianya ditakdirkan bagiku untuk mendekatkan aku kepada-MU..
Aku memilih jalan untuk mendekati-Mu ya Rabb..

Betapa besarnya Cinta-Mu padaku ya Rabb..
Engkau ingin hamba-Mu ini sentiasa bersama-Mu..
Akan ku bersama-Mu Ya Rabbi..
Akan ku sambut dengan hati yang tenang..
Syukurillah diatas segala nikmat yang Engkau berikan buatku..
Kerana daku mengetahui..
Begitu besarnya cinta-Mu pada ku ya Rabb..
Aku terlalu mencintai-MU..
Ya Rabbi..

Tintaku: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Al-Baqarah 286).. Ya Allah, bantulah hamba2MU ini dlm membantu agamaMU.....Ameen! Ana titipkan kata2 ini juga buat sahabiahku Sufayyah.. yang mendapat anugerah dan tanggungjawab ini sama seperti ana.. Usuluddin (Dakwah dan pembangunan insan)..

Thursday, 7 July 2011

Majlis Ilmu Masjid MATIN

Entri kali ini buat maklumat para pembaca yang berminat untuk mengikuti majlis ilmu.



Tintaku : Syukran jiddan buat insan yang berhati mulia yang telah memberikan maklumat program ini kepada ana melalui ummi ana. Semoga insan ini memperoleh ganjaran pahala kerana mengajak kepada kebaikan.. "Fastabaqul khairati.." ~syukran mak cik ton~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...